> KELANTAN > 37 darjah Celsius; Kuala Krai paling panas!
37 darjah Celsius; Kuala Krai paling panas!
NOOR AZLIDA ALIMIN Khamis | 14 Mac 2019

KOTA BHARU - Empat jajahan di negeri ini mengalami perubahan gelombang suhu di tahap 1 (jaga-jaga), semalam.

Pengarah Pejabat Metereologi Kelantan, Rabiah Zakaria berkata, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang mencatatkan suhu sekitar 35 hingga 36 darjah Celsius, sejak semalam.

Menurutnya, jajahan Kuala Krai mencatat bacaan tertinggi iaitu 37 darjah Celsius.

“Bulan Mac merupakan penghujung Monsun Timur Laut dan kebanyakan tempat lazimnya kurang menerima hujan bagi tempoh yang lebih panjang menyebabkan cuaca panas dan kering. Cuaca panas dijangka berkurangan selepas peralihan monsun bulan depan iaitu sebelum bermulanya Monsun Barat Daya, menjelang Mei,” katanya.

Rabiah berkata, perubahan cuaca akan berlaku kerana ia akan disusuli dengan hujan selepas peralihan monsun, bulan depan.

Walaupun gelombang suhu ini dijangka berakhir tidak lama lagi, namun penduduk dinasihati supaya mengehadkan aktiviti luar dan mengambil air yang mencukupi bagi mengelak masalah kesihatan.

Malah katanya, ia akan mengurangkan kejadian strok haba kepada orang awam termasuk pelajar.

Beliau berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) akan sentiasa memantau suhu menerusi perkongsian maklumat di laman sesawang MMD.

Sehingga jam 9 pagi tadi, MMD mengeluarkan status gelombang haba seluruh negara mencapai tahap normal iaitu kurang daripada 35 darjah Celsius kecuali beberapa kawasan iaitu Chuping, Perlis; Kota Setar, Pendang, Sik, Kulim, Baling, Kedah; Kuala Kansar dan Hulu Perak.

Selain itu, beberapa daerah mencatatkan gelombang suhu di tahap jaga-jaga iaitu Jerantut, Temerloh, Bentong, dan Maran. Sebanyak 17 daerah ini mencapai suhu antara 35 hingga 37 iaitu berada pada tahap satu (berjaga-jaga).

ARTIKEL BERKAITAN: Ini sebab pelajar UMK tak tinggal payung...


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...