> TRENDING > Lemang bukan dalam buluh
Lemang bukan dalam buluh
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 14 Mac 2019

Kebiasaannya juadah seperti lemang dan rendang hanya boleh dinikmati pada hari tertentu, terutamanya ketika waktu perayaan.

Namun, bila sesekali tekak teringin menikmatinya, proses penyediaan yang memakan masa, pasti membantutkan selera.

Lebih cepat dan menyenangkan hanya dengan membeli sahaja, tetapi bukan mudah mendapatkan lemang dalam buluh bila tidak kena masanya.

Sekiranya anda ingin merasai keenakan rasa lemak santan berbeza dari lemang dihasilkan dalam buluh, Warisan Periuk Kera ada jawapannya dan terus dihantar ke muka pintu serta boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja.

Perniagaan unik yang diusahakan Fairuz Mazwa Harizal, mengkomersialkan makanan tradisi iaitu lemang dari daun periuk kera, yang pastinya enak, berlemak dan mempunyai tekstur lebih lembut berbanding lemang dalam buluh.

Lemang periuk kera yang dikomersialkannya turut disertakan bersama sambal daging hitam dan rendang ayam.

“Berbeza cara masakan dengan lemang buluh yang mengambil masa lebih lama, lemang periuk kera hanya perlu dikukus selama 30 minit. Apabila sudah masak, ia mengeluarkan bau dan rasa yang unik,” katanya yang menggunakan medium media sosial untuk komersialkan perniagaannya.

Katanya, setiap hari ada penghantaran berjadual yang ditetapkan, terutamanya sekitar Lembah Klang dan dihebahkan melalui laman sosial terlebih dahulu.

Lemang periuk kera disertakan dengan sambal daging hitam dan rendang ayam.

Tiga pakej ditawarkan, iaitu ‘personal box’, set mini dan set famili pada harga RM7 hingga RM65 serta caj penghantaran ikut kawasan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...