> UTARA > Luahan bapa pelajar cemerlang STPM undang sayu, tak sangka anaknya macam ni!
Luahan bapa pelajar cemerlang STPM undang sayu, tak sangka anaknya macam ni!
ZALMIMAZURA ZAHARI Khamis | 14 Mac 2019

Baru-baru ini tular tentang seorang pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Mohamad Saniy Samsudin, 21, diumumkan sebagai pelajar cemerlang apabila memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 di Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2018 peringkat negeri Kedah.

Kejayaan Saniy bukan hanya membanggakan pihak Sekolah Menengah Pulau Nyior, Jitra Kedah, malah lebih terkesan tentulah ahli keluarga sendiri iaitu ibu dan ayah yang banyak memberi sokongan dan dorongan buat dirinya.

Di sebalik kejayaan dan pengorbanan besar yang dilakukan Saniy sehingga sanggup mengorbankan masa depannya dengan berhenti belajar di menara gading semata-mata untuk membantu ibunya yang menghidap strok, ternyata amat membanggakan bapanya, Samsudin Oli Mohamed.

Bapa mana yang tidak bangga dengan pencapaian yang diperoleh si anak, sementelah pula dalam masa yang sama terpaksa berkorban demi menguruskan kesihatan ibunya serta berjuang dalam peperiksaan yang bakal menjadi penentu hidupnya.

Samsudin (kanan) bersama ahli keluarga meraikan kejayaan Saniy.

“Apabila Saniy buat keputusan untuk berhenti belajar di UiTM Permatang Pauh dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 2017, saya agak terkejut dan sedih juga la, sebab itu masa depan dia. Tapi apabila dia menyatakan hasrat untuk menjaga ibunya yang sakit di samping menyambung pengajian di tingkatan 6 di sekolah ibunya mengajar, saya terima keputusannya dengan hati terbuka. Lagi pun itu pilihan dia, kalau dia sambung belajar di sana pun dia tak dapat tumpukan pelajaran, kerana asyik teringat pada ibunya,” kata Samsudin yang merupakan kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Jelasnya, hampir setiap hari dia akan menghantar isterinya ke sekolah sebelum bergerak ke tempat kerja dan akan balik ke Jitra pada waktu tengah hari untuk mengambil dan menghantar isterinya ke rumah serta bawa ke pusat fisioterapi.

“Isteri saya merupakan seorang guru di SMK Pulau Nyoir, Jitra dan pada 2013, dia diuji dengan mengalami strok pada bahagian kaki kanan dan tangan menyebabkan dia tak mampu untuk memandu kereta.

“Kadang-kadang kalau saya ada urusan di luar kawasan, isteri akan balik dengan rakan sekerja. Memang ada guru yang akan tumpangkan balik, cuma kalau guru berkenaan ada mesyuarat atau urusan lain, terpaksalah usaha cara lain.

ARTIKEL BERKAITAN: [Pelajar berhenti belajar dari universiti demi jaga ibu sakit, peroleh keputusan cemerlang STPM...]

“Tetapi bila Saniy buat keputusan nak balik sini dan tinggal bersama kami, rasa bersyukur sangat-sangat. Sekurang-kurangnya dia dapat membantu dan menjaga ibunya,” katanya.

Saniy bersama guru-guru.

Akui Samsudin dengan nada sebak kepada Kampus Uols, dia dan keluarganya sama sekali tidak menyangka segala pengorbanan Saniy, ALLAH SWT membalasnya dengan memberi ganjaran yang tidak terhingga ini.

“Walaupun dia anak lelaki, tetapi dia tidak malu untuk tolong basuh kain baju. Dia jugalah yang jadi pemandu setia untuk bawa ibunya jalani rawatan fisioterapi dan bersiar-siar. Saya dapat rasakan kepenatan yang dia lalui sehari-hari, tetapi dia kuat semangat. Dia seorang yang sangat sayangkan ibunya.

“Alhamdulillah, kini kakaknya pula yang mengambil alih menjaga ibunya. Segala jasa dan pengorbanannya akan kami kenang dan ingati selalu. Saya bangga ada anak seperti Saniy, yang tidak pernah mengeluh dan melakukan setiap tanggungjawab itu dengan penuh ikhlas demi melihat ibu dan keluarganya hidup bahagia,” katanya dalam nada sebak.

Ujar Samsudin lagi, dia ingin melihat anaknya, Saniy berjaya dalam hidup dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi CEO dan menyambung pengajian di Australia dan buat masa ini mereka dalam proses menunggu mendapatkan tajaan biasiswa.

“Saniy memang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di luar negara dan saya menyokong apa yang dia inginkan asalkan dia gembira dengan pilihannya. Alhamdulillah, kakak dia ada dan boleh menjaga ibunya. Manakala adiknya selepas tingkatan tiga akan ditukarkan ke sekolah tempat ibunya mengajar,” kata Samsudin mengakhiri perbualan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...