> IKON > Muhammad Fahmi, sedia berkongsi kepakaran Dining Skills
Muhammad Fahmi, sedia berkongsi kepakaran Dining Skills
ROZER MASUDIN Khamis | 14 Mac 2019

“Kemahiran mengendalikan peralatan di meja makan adalah sesuatu yang perlu dipelajari oleh setiap individu. Dengan memiliki kemahiran ini juga seseorang individu itu akan tampil di dalam kelasnya yang tersendiri,” demikian pandangan Muhammad Fahmi Md Sabri, Pensyarah Politeknik Merlimau yang kini bergelar sebagai Dining Skills Consultant akan kepentingan mempelajari etika meja makan tidak mengira latar belakang pendidikan dan pekerjaan.

Kejayaan beliau ditauliahkan sebagai Dining Skills Consultant amat sukar kerana perlu melalui pelbagai peringkat saringan seperti sesi latihan dan ujian kompetensi. Beliau diiktiraf pada tahun 2018 oleh Academy of Communication, Etiquette and Protocol (ACCEPT). Modul yang bertaraf antarabangsa yang mengikut modul International Soft skills Standard and Testing (IITTI) yang berpangkalan di Vancouver, Kanada.

Gambar kenangan bersama Master Trainer dan peserta Certified Dining Skills Consultant (CDCS).

Selain daripada pentauliahan sebagai Certified Dining Skills Consultant (CDSC), beliau juga mendapat pentauliahan sebagai Halal Trainer oleh Halal Development Corporation (2010) dan Asean National Trainer for Food and Beverage (2017) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Menurut beliau, kejayaan ini turut dilengkapkan apabila terlibat sebagai salah seorang panel pembangun Modul Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi Operasi Servis Makanan dan Minuman Level 2 & 3. Beliau kini bergiat aktif bagi perkongsian kepakaran sama ada di Politeknik mahupun agensi luar.

Sesi Etiket di Meja Makan bersama Pelajar di Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Politeknik Merlimau, Melaka.

“Dalam konteks seorang pelajar, kemahiran etika makan perlu dipelajari sebagai nilai tambah dalam proses pembelajaran mereka di institusi pengajian tinggi. Ini penting sebagai pendedahan bagaimana untuk mengurus peralatan di meja makan ketika menghadiri majlis atau jamuan makan. Selain itu, ilmu ini juga menyentuh tentang tatacara bagaimana untuk berpakaian mengikut tema yang telah ditetapkan ketika menghadiri majlis.

“Bukan itu sahaja, malah ada syarikat yang berstatus multinasional akan mengadakan sesi temu duga ketika waktu makan. Bagi mereka, waktu makan inilah, karektor sebenar seseorang calon dapat dilihat dan lebih mudah bagi syarikat untuk membuat penilaian,” katanya ketika ditemui di Politeknik Merlimau.

Bersama Panel Pembangun Modul NOSS bagi bidang penyajian makanan dan minuman level 2 & 3.

Tambahnya lagi. kerjaya sebagai Pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada beliau di mana beliau juga sering mendapat undangan dari dalam dan luar Politeknik untuk memberikan ceramah atau mengadakan sesi berkenaan Etiket di Meja makan sejak dari tahun 2008. Beliau bercadang untuk membangunkan satu modul kursus yang menarik untuk rujukan orang awam terutama buat para pelajar.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...