> AKTIVITI PENSYARAH > UPSI mendekati sekolah luar bandar di Ulu Slim dalam membangunkan kepimpinan pelajar sekolah
UPSI mendekati sekolah luar bandar di Ulu Slim dalam membangunkan kepimpinan pelajar sekolah
MOHD HAIRY IBRAHIM Khamis | 14 Mac 2019

PERAK - Bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Slim di Daerah Muallim telah diadakan Kem Kepimpinan Pelajar dalam membangunkan kepimpinan pelajar sekolah di kawasan luar bandar dengan pengalaman dan perkongsiaan dengan ahli akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Program ini telah dibantu oleh Timbalan Pengarah, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPSI, Prof Madya Dr Mohd Hairy Ibrahim bagi kem kepimpinan yang lebih menarik dan mendedahkan murid-murid di SK Ulu Slim ini mengenai pentingnya kepimpinan pelajar dalam kecemerlangan sekolah dan kehidupan masyarakat pada masa kini.

Projek ini dilaksanakan secara bersama antara Kumpulan Pakar Akademik UPSI dan Timbalan Pengarah UCTC UPSI yang berpengalaman dalam aspek Khidmat Komuniti.

Ini turut mendapat sokongan daripada Himpunan Anak Darul Ridzuan UPSI (HADARI PERAK UPSI) dalam konsep HADARI bersama membantu pendidikan Komuniti Luar Bandar.

Program ini juga merupakan salah satu langkah untuk menjalinkan hubungan antara murid-murid sekolah luar bandar dengan Ahli Akademik UPSI yang berpengalaman. Ini asas menjadikan UPSI sebagai pendamping komuniti luar bandar.

Menurut guru penyelaras program, Cikgu Rogayah mengatakan ini kaedah terbaik dalam meningkatkan kepimpinan pelajar di sekolah dan mewujudkan minat pelajar meningkatkan prestasi akademik di kawasan luar bandar.

Pakar Khidmat Komuniti UPSI, Prof Madya Dr Mohd Hairy Ibrahim yang sememangnya berasal dari luar bandar juga telah berkongsi pengalaman dengan kaedah Sembang Santai mengenai kepimpinan pelajar menjadikan program ini menarik.

Pelajar merasakan mereka lebih mesra dan dekat dekat dengan ahli akademik. Mereka berasa amat terharu dapat bersama dalam program ini dengan memahami asas-asas kepimpinan di sekolah dengan seorang ahli akademik yang pernah menjadi pemimpin di sekolah kawasan luar bandar satu ketika dulu di sekolah luar Bandar iaitu Sekolah di Felda Besout.

Perkongsian pengalaman ini mendekatkan hati pelajar dengan asas dan teknik menjadi pemimpin sekolah yang cemerlang.

Menurut Guru Penolong Kanan, Cikgu Ashid, berpandangan projek ini membuka peluang pelajar-pelajar di kawasan luar bandar mendapat pendedahan dan pengalaman kepimpinan pelajar berasa bersemangat dalam memimpin di sekolah seterusnya meningkatkan pencapian akademik di sekolah.

Kerjasama UPSI bersama Sekolah Luar Bandar akan terus berkembang dalam membantu meningkatkan kepimpinan dan pendidikan pelajar di Sekolah Luar Bandar di Malaysia.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...