> MLK N.9 > Polycuisine Bakery jana keuntungan RM7,500
Polycuisine Bakery jana keuntungan RM7,500
ROZER MASUDIN Khamis | 14 Mac 2019

MERLIMAU – Politeknik Merlimau baru-baru ini telah melancarkan satu lagi inkubator keusahawanan pelajar iaitu PolyCuisine Bakery yang telah memulakan operasi pada 13 Februari 2018 di lot niaga Kantin Delima.

Menurut Pengarah Politeknik Merlimau, Rosli Hamid, projek pembangunan keusahawanan di bawah Unit Keusahawanan Politeknik Merlimau ini mendapat kerjasama daripada Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA) Negeri Melaka yang menaja pembinaan outlet serta sokongan kewangan dan latihan daripada Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti dan pengurusan Politeknik Merlimau sendiri.

Para pelajar memberi taklimat ringkas kepada VIP yang hadir.

“Sebagai permulaan, PolyCuisine Bakery ini telah disertai oleh 10 orang pelajar yang merupakan perantis ambilan pertama terdiri daripada 5 pelajar Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) (DHF) daripada Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, 2 pelajar Diploma Pengajian Perniagaan, 2 pelajar Diploma Pemasaran dan seorang pelajar Diploma Perakaunan daripada Jabatan Perdagangan.

“Mereka dibimbing oleh seorang mentor industri iaitu Siti Khairunnisa Kamarudin yang juga merupakan Usahawan Alumni Politeknik Merlimau sendiri dan Cik Rusmaini Ramly bersama Hadijah Kodiron sebagai mentor keusahawanan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan premis PolyCuisine Bakery.

Suasana majlis yang dipenuhi dengan orang ramai.

Ujarnya lagi, dengan wujudnya inkubator ini, secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih cenderung terhadap bidang keusahawanan dan seterusnya bidang ini boleh diceburi dengan lebih serius lagi di masa hadapan seiring dengan penekanan yang diberikan oleh Unit Keusahawanan & Alumni, Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar, JPPKK.

Perniagaan dalam kampus tersebut telah menjana pendapatan sebanyak RM7,500 sejak mula beroperasi pada 13 Februari 2019 dengan waktu operasi hanya dibuka Isnin hingga Khamis (9.00 pagi hingga 3.00 petang).

Dalam majlis ini, turut diadakan sesi pelancaran kad keahlian PolyCuisine Bakery yang bakal memberi manfaat kepada para pembeli antaranya pemberian diskaun harga pada pembelian seterusnya.

Rosli (tiga dari kiri) merasai antara kek yang telah disiapkan oleh para pelajar yang mengusahakan PolyCuisine.

Majlis disempurnakan oleh Tuan Hj. Rosli Hamid, Pengarah Politeknik Merlimau disaksikan oleh Che Samudin Hassan, Pengarah FAMA Negeri Melaka dengan acara memotong reben sebagai gimik pelancaran. Turut hadir Mohd Nor Mazlan Ismail Timbalan Pengarah Unit Keusahawanan & Alumni, Bahagian ambilan & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...