> AKTIVITI KAMPUS > FSPPP Raub penganjur bersama Seminar Reformasi Pilihan Raya di Parlimen demi pastikan suara anak muda tak ketinggalan
FSPPP Raub penganjur bersama Seminar Reformasi Pilihan Raya di Parlimen demi pastikan suara anak muda tak ketinggalan
ROZAIMY RIDZUAN, UiTM RAUB Khamis | 14 Mac 2019

RAUB - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub, Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pelajar Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan program Seminar Kebangsaan yang bertemakan Reformasi Sistem Pilihan Raya: Manfaat Untuk Generasi Muda.

Program yang berlangsung di Dewan Sementara Parlimen Malaysia ini diadakan bertujuan untuk memastikan suara anak muda tidak ketinggalan dalam usaha kerajaan dan NGO membawa agenda Reformasi Sistem Pilihan Raya di Malaysia.

Selain itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman para peserta tentang pembaharuan dalam sistem pilihan raya.

Seramai 220 orang peserta terdiri daripada mahasiswa dan pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dan juga turut mendapat sambutan daripada peserta luar dan ALUMNI FSPPP Kampus Raub.

Beberapa sidang perbincangan dijalankan dan dikendalikan oleh moderator dan panelis jemputan. Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Che Hamdan Che Mohd Razali, turut terlibat dalam sidang yang membincangkan tajuk Pendidikan Politik untuk Generasi Muda. Dalam sidang yang sama, beliau turut bersama seorang lagi panelis iaitu Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Hasnul Haniff.

Program dimulakan dengan ucapan perasmian Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof.

Kemudian, program diteruskan dengan sesi dialog bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong.

Antara perkara lain yang turut dibincangkan di dalam Parlimen ini adalah Reformasi Sistem Pilihan Raya: Ke arah Penambahbaikan dan Reformasi Pilihan Raya: Apa Peranan Masyarakat Sivil?

Turut hadir dalam seminar kebangsaan itu adalah Penolong Rektor UiTM Kampus Raub, Ts. Dr. Khairi Khalid dan para pensyarah FSPPP Kampus Raub.

Menurut pensyarah Sains Politik yang juga Penolong Pengarah 1 program, Akmal Hisham Abdul Rahim, “program ini memberikan platform kepada anak muda untuk melontarkan idea dan pendapat dalam usaha untuk mereformasikan sistem pilihan raya di Malaysia. Anak muda seharusnya diberikan pendedahan sebegini supaya mereka sedar dan maklum tentang perubahan yang telah dan bakal berlaku dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

"Seperti contoh, sekiranya undian dalam pilihan raya dibuka kepada pengundi 18 tahun, adakah mereka telah bersedia untuk mengundi? Adakah mereka betul-betul faham sistem demokrasi di Malaysia? Atas sebab itulah kita adakan seminar ini sebelum perubahan dalam pilihan raya dibuat," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...