> MLK N.9 > RELASIS PMM perkemas kemahiran menembak
RELASIS PMM perkemas kemahiran menembak
ROZER MASUDIN Khamis | 14 Mac 2019

SUNGAI UDANG - Briged RELASIS Politeknik Merlimau & Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah menganjurkan Kursus Kemahiran dan Teknik Menembak Briged RELASIS Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Lapang Sasar, Akademi Latihan RELA Malaysia, Sungai Udang, Melaka.

Program ini telah berjalan lancar dengan penglibatan seramai lebih kurang 89 anggota Briged RELASIS PMM. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memahirkan lagi tatacara penggunaan senjata api dan teknik yang betul semasa menembak.

Antara pegawai RELASIS PMM yang menyertai kursus.

Sebelum memulakan acara, pegawai latihan Akademi Latihan RELA Malaysia dan Pegawai Tapak Tembak telah memberi penerangan berkaitan cara-cara pegangan dan penggunaan Shoot Gun dengan betul.

RELASIS diberi taklimat mengenai kemahiran menembak.

Pegawai Adjutan Briged RELASIS PMM, Ruslan Abdul Jalil berkata, objektif Ujian Kemahiran Menembak ini dilaksanakan bertujuan untuk memenuhi keperluan silibus RELASIS Malaysia semester 3 berdasarkan format latihan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan membina semangat berpasukan dan keyakinan di kalangan peserta.

TPgR (Bersekutu) Mohamad Shahril Ibrahim dinobatkan sebagai Penembak Terbaik Kategori Pegawai Bersekutu RELASIS.

TPgR (Bersekutu) Mohamad Shahril Ibrahim telah dinobatkan sebagai Penembak Terbaik Kategori Pegawai Bersekutu RELASIS dengan jumlah mata 277 mata mengatasi juara bertahan yang hanya memungut 199 mata.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...