> MLK N.9 > Zulhelmi johan Majlis Tilawah Al-Quran Politeknik Merlimau
Zulhelmi johan Majlis Tilawah Al-Quran Politeknik Merlimau
ROZER MASUDIN Khamis | 14 Mac 2019

MERLIMAU - Politeknik Merlimau sekali lagi dapat menganjurkan Pertandingan Tilawah Al Quran 2019 peringkat Politeknik Merlimau. Program anjuran Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau ini dilaksanakan sebagai satu usaha untuk mencungkil bakat atau kemahiran pelajar dalam pembacaan Al-Quran untuk diketengahkan dalam pertandingan-pertandingan musabaqah Al-Quran di peringkat yang lebih tinggi.

Di samping itu, ia juga dapat mewujudkan penghayatan yang sebenar terhadap Al-Quran dalam kalangan diri pelajar dan pensyarah agar terus membudayakan pembacaan Al-Quran dalam kehidupan masing-masing. Pada tahun ini, seramai 50 orang pelajar telah menyertai pertandingan tersebut.

Pelajar dan staf PMM memenuhi ruang bagi mendengar bacaan ayat suci al Quran

Pelajar dari Jabatan Perdagangan, Muhamad Zulhelmi bin Abd. Razak muncul sebagai Johan Qari dengan markah 89 peratus, manakala Johan Qariah menjadi milik pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam iaitu Siti Nur Fatehah dengan markah 86 peratus. Pertandingan ini telah disempurnakan majlis penyampaian hadiah oleh Rosli Hamid, Pengarah Politeknik Merlimau.

Dalam ucapannya, beliau berkata, dalam usaha melahirkan modal insan yang berakhlak mulia di Politeknik Merlimau, suntikan kerohanian melalui penghayatan bacaan Al-Quran amat memberi impak yang positif. Justeru, program Tilawah Al-Quran diadakan setiap tahun bagi menyuburkan bacaan Al-Quran dalam kalangan warga Politeknik Merlimau dan memberi inspirasi dan galakan untuk lebih berusaha ke arah kebaikan.

Fatehah dinobat sebagai Johan Qariah bagi edisi 2019.

Usaha sebegini diharap dapat menjadikan pelajar-pelajar terdidik dengan amalan mulia dan mampu memupuk keperibadian, ketrampilan dan kepimpinan mereka pada masa akan datang.

Turut sama ketika majlis penyampaian hadiah adalah Mohamad Nazri Ismail, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) bersama Suriati Barning selaku Ketua Jabatan Pengajian Am.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...