> AKTIVITI KAMPUS > Lebarkan sayap... Kelab AdminUs anjur program bersama Penasihat Akademik Universitas Ahmad Dahlan
Lebarkan sayap... Kelab AdminUs anjur program bersama Penasihat Akademik Universitas Ahmad Dahlan
ROZAIMY RIDZUAN, UiTM RAUB Khamis | 14 Mac 2019

RAUB - Kelab AdminUs Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah menganjurkan program Meet and Greet With Your Academic Advisor dan Sharing Session with representatives from Universitas Ahmad Dahlan (UAD), Yogyakarta Indonesia di Dewan Titiwangsa, UiTM Kampus Raub.

Sesi Meet and Greet with Your Academic Advisor merupakan program wajib fakulti yang diadakan pada setiap semester yang mana para mahasiswa dan mahasiswi Diploma Pentadbiran Awam berpeluang untuk berjumpa dengan penasihat akademik masing-masing. Segala permasalahan, pandangan dan sesi suai kenal berlangsung dalam program tersebut.

Sesi perkongsian bersama UAD pula diadakan untuk memberi ruang kepada mahasiswa untuk bertukar-bertukar pengalaman belajar, dan topik mengenai politik juga turut dibahaskan dalam sesi tersebut.

Perjumpaan serumpun, bertukar-tukar fikiran dan informasi.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Che Hamdan Che Mohd Razali dan diikuti oleh ucapan daripada pensyarah Pembangunan Ekonomi, Suci Rahmawati Prima bagi mewakili UAD.

Menurut Penasihat Program, Noor Amira Syazwani Abd Rahman, “Program Sharing Session with representatives from Universitas Ahmad Dahlan ini diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk bertukar-tukar pendapat dan berdiskusi berkaitan dengan politik.

"Tambahan pula, pilihan raya untuk memilih Presiden di Indonesia bakal dilaksanakan dalam waktu yang terdekat. Semoga para mahasiswa mendapat manfaat daripada program ini dan semoga kerjasama dan persahabatan yang terjalin antara UAD dan UiTM Kampus Raub terus berpanjangan buat selama-lamanya," katanya.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Koordinator Kursus, Shamsinar Rahman, Penasihat Program, Noor Amira Syazwani Abd Rahman, Penyelaras Korporat, Mohd Rozaimy Ridzuan dan juga para pensyarah.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...