> > Pelajar OKU suap adik makanan RMT di kantin terima anugerah Unsung Hero, tak sangka ini dilakukan sukarelawan UniSZA kepada keluarganya
Pelajar OKU suap adik makanan RMT di kantin terima anugerah Unsung Hero, tak sangka ini dilakukan sukarelawan UniSZA kepada keluarganya
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 14 Mac 2019

SETIU – Sejak 14 tahun menetap di Kampung Pak Kancil Dalam di sini, keluarga murid orang kurang upaya (OKU) Hisham tidak pernah berpeluang mengindahkan kediaman mereka.

Kesempitan hidup membuatkan ibu-bapa murid itu, Nor Seri Idayu Mahamed, 32, dan Ismail Setapa, 36, terpaksa melupakan seketika hasrat untuk mengecat rumah mereka mahu pun menukar sebarang kelengkapan yang uzur.

Namun, kini mereka boleh menarik nafas lega kerana impian untuk melihat rumah yang dicat baharu menjadi kenyataan menerusi sumbangan gabungan pengamal media Terengganu dengan dibantu 36 sukarelawan Kor Asas Kewartawanan UniSZA.

Sukarelawan bergotong royong membersihkan rumah kediaman Ismail sekeluarga.

Program selama satu hari yang merupakan anjuran Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman (Karyawan Kreatif) serta Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) itu turut disertai beberapa pengamal media dari pelbagai agensi bagi membantu membaikpulih sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang didiami keluarga ini.

Presiden Karyawan Kreatif, Nik Mohd. Zaid berkata, program julung kali kedua-dua pertubuhan itu diharap dapat menceriakan kehidupan keluarga adik Muhamad Hisham sekali gus menyuburkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Katanya, selain mengecat bahagian luar dan dalam rumah, keluarga murid berkenaan turut menerima tikar getah baharu, perabot, barangan makanan dan wang tunai dengan jumlah keseluruhan hampir RM3,000 hasil sumbangan pengamal media di negeri ini.

Sukarelawan bekerjasama mengecat dan memperindahkan rumah kediaman pelajar ini.

"Walaupun keluarga ini serba kekurangan tetapi mereka kaya dengan kasih sayang, semoga dengan sumbangan kecil kami ini dapat menambahkan lagi kasih sayang mereka dan menyuntik semangat kepada anak-anak untuk maju dalam pelajaran," katanya pada program Jalinan Kasih berkenaan.

Sementara itu, pelajar UniSZA, Muhamad Asraf Muhamad Firdaus Al Anuwar berkata, mereka bersama rakan-rakan lain serta pengamal media berganding bahu mengecat rumah serta membaik pulih rumah berkenaan.

“Ini adalah satu misi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami sebagai pelajar yang bukan sahaja semata-semata belajar dalam kelas tapi juga membantu komuniti setempat yang memerlukan.

Menyediakan kelengkapan baharu untuk keluarga Ismail supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

“Alhamdulillah, dengan kerjasama dan sepakat dari semua kami telah mencantikkan rumah keluarga adik Hisham dengan mengecat luar dan dalam rumah, membersih siling dan menukar tikar getah yang sudah rosak,” katanya yang juga pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah)

Baru-baru ini, Muhamad Hisham, 11, menerima anugerah Unsung Hero daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin selepas kisahnya menyuap adik perempuannya, Nur Dina, 7, makan ketika di kantin sekolah tular dan mendapat perhatian ramai.

Kasih sayang sejati murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Putera Jaya itu terhadap adiknya turut mendorong anak kedua daripada empat beradik tersebut berkongsi makanan dan minuman yang diperoleh daripada program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) pada setiap hari.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...