> > Kuasa ‘viral’ di tangan pengguna media sosial
Kuasa ‘viral’ di tangan pengguna media sosial
ADNIN MARHA PAUZI, USIM Khamis | 14 Mac 2019

Merujuk kepada 'Cabaran baling keju' jadi trend terkini pengguna media sosial' yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar tempatan 3 Mac lalu yang telah ditonton lebih 8 juta kali itu sebelum dipadam oleh pengguna Twitter itu sendiri kerana tidak menyangka ia menjadi tular begitu pantas, membuatkan saya berasa kecewa.

Ingin saya katakan, kebimbangan utama saya ialah keterujaan pengguna media sosial mengejar ‘trending’ atau ‘viral’ terhadap sesuatu isu demi meraih populariti.

Hanya dengan memuat naik video atau gambar di media sosial seperti Facebook, Instagram atau Twitter dan ditonton oleh ramai orang sehingga menjadi tular atau ‘viral’, sehingga mampu menjadikan seseorang itu terkenal dalam sekelip mata.

Terbaru, ‘viral’ seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang memakai kostum watak Maleficent demi menjadikan kelasnya meriah. Usaha beliau mendapat pujian netizen apabila berusaha menjadikan proses pengajaran dan pembelajarannya menarik selain wujud komunikasi dua hala.

Tidak menjadi masalah jika meletakkan video yang baik dan telah mendapat keizinan tetapi menjadi masalah besar apabila tular video yang berunsur fitnah dan tidak mendapat keizinan. Pengguna media sosial yang memuat naik video serta yang menyebarkannya akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya laporan dibuat.

Bulan lalu, kecoh seorang Instafamous melenting gara-gara pengguna Twitter dedah ‘rate card’ atau iklan berbayar tanpa izinnya. Instafamous dengan pengikut seramai 424,000 di Instagram telah memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap individu yang memuatkan sebut harga tersebut tanpa pengetahuannya.

Namun, Instafamous tersebut mendapat kritikan daripada pengguna media sosial dengan mengatakan bahawa ugutan tersebut tidak berasas kerana harga perkhidmatan bukanlah rahsia. Pengguna berhak mengetahui 'rate card' personaliti media sosial. Isu sensasi ini telah mendapat perhatian daripada agensi percukaian dan penguatkuasa kepenggunaan negara seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kesannya, isu berkaitan perkhidmatan di laman sosial telah dibangkitkan secara tidak langsung. Kesemua Instafamous dan mana-mana individu yang menjalankan perniagaan secara atas talian dikerah oleh LHDN untuk melaporkan pendapatan mereka melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS).

Dapat kita lihat bahawa kuasa ‘viral’ oleh pengguna media sosial mampu membawa impak yang besar dalam hidup seseorang. Walaupun pengguna media sosial yang mula memuat naik berita ‘rate card’ tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh Instafamous berkenaan, hakikatnya dia boleh dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan merosakkan reputasi dan kredibiliti seseorang di bawah Akta Fitnah 1957.

Kebanyakan pengguna media sosial sebenarnya kurang terdedah dengan kewujudan akta-akta yang berkaitan dengan internet dan media sosial antaranya Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Hasutan 1948. Akta-akta ini mempunyai peruntukan utama yang membolehkan tindakan di ambil ke atas aduan-aduan berkaitan kandungan jelik di Internet.

Walaupun kuasa memuatnaik sesuatu di laman sosial adalah hak masing-masing, tetapi perlu ingat bahawa pengguna tidak terlepas daripada tindakan undang-undang sivil mahupun jenayah sekiranya menyebarkan sebarang maklumat tanpa kebenaran dan kesahihannya. Islam juga telah meletakkan batas dalam menyebarkan sesuatu berita.

Firman Allah yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al-Hujurat: 6]

Oleh itu, setiap pengguna media sosial perlu lebih berhati-hati dalam memuat naik atau menyebarkan sesuatu berita menerusi laman-laman media sosial. Pengguna juga perlu menjaga aib dan urusan peribadi seseorang untuk mengelakkan dari ledakan fitnah.

*Penulis, Adnin Marha Pauzi adalah mahasiswa Tahun 3 jurusan Bahasa Arab dan Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk kerja kursus di bawah kod subjek ACJ3053 (Pemberitaan dan Penulisan Rencana).


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...