> AKTIVITI KAMPUS > Demi Pantai Rimba Terjun, 83 sukarelawan UTHM tak kisah berkubang selut...
Demi Pantai Rimba Terjun, 83 sukarelawan UTHM tak kisah berkubang selut...
SURIAYATI BAHAROM, UTHM Khamis | 14 Mac 2019

PONTIAN – Seramai 75 pelajar dan lapan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berganding bahu memerah keringat menanam 1000 benih bakau di pesisiran Pantai Rimba Terjun pada 12 Mac lalu.

Program ini dianjurkan oleh Micropollutant Research Centre (MPRC) bersama-sama Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar melalui kerjasama bersama Jabatan Hutan Daerah Johor Selatan sempena program Let’s Clean Go Green 2019 dan Hari Hutan Sedunia.

Bergambar kenangan sebelum aktiviti penanaman pokok bakau bermula. (FOTO UTHM)

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memulihara hutan bakau yang bertindak sebagai pelindung semula jadi daripada ribut dan ombak yang menghakis pantai serta membantu menangani ketidakseimbangan karbon dioksida dalam atmosfera.

Pemuliharaan hutan bakau perlu dilakukan secara berterusan. (FOTO UTHM)

Menurut Ketua Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, FKAAS, Dr. Rafidah Hamdan, hutan paya bakau adalah tempat pembiakan dan perlindungan hidupan hasil laut selain berperanan sebagai pengadang untuk mengelakkan kejadian hakisan.

“Pemuliharaan hutan bakau perlu dilakukan secara berterusan dan perlu melibatkan kerjasama ramai pihak untuk menjayakannya.

Pokok bakau bertindak sebagai pelindung semula jadi daripada ribut dan ombak. (FOTO UTHM)

“Justeru itu, pihak kami mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti ini dengan melibatkan kerjasama 10 kakitangan Jabatan Hutan Daerah Johor Selatan.

“Pihak kami juga akan berusaha meningkatkan kesedaran orang ramai dengan memberi sumbangan idea dan tenaga secara aktif kepada pemuliharaan pokok bakau di daerah ini,” katanya.

Jarak penanaman pokok turut diambil kira. (FOTO UTHM)

Pihak universiti katanya lagi, amat berharap masyarakat lebih bertanggungjawab dan bersungguh dalam menjaga kebersihan persisiran pantai daripada terdedah kepada pencemaran.

“Pihak kami juga berharap melalui aktiviti penanaman benih bakau seperti ini, kesedaran generasi muda khususnya sukarelawan UTHM dapat ditingkatkan lagi sekali gus mampu mendorong mereka untuk meneruskan lagi usaha murni seperti ini,” akhirinya.

Sebahagian peserta 'seronok' berkubang selut dalam program penanaman bakau di pesisiran Pantai Rimba Terjun. (FOTO UTHM)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...