> > Pencemaran sisa kimia: UiTM Pasir Gudang diarah tutup lima hari
Pencemaran sisa kimia: UiTM Pasir Gudang diarah tutup lima hari
BERNAMA Jumaat | 15 Mac 2019

SHAH ALAM- Pihak pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor memutuskan untuk menutup kampus Pasir Gudang dan menangguhkan semua operasi kampus termasuk kuliah selama lima hari bermula semalam susulan insiden pencemaran sisa kimia di daerah itu.

Rektor UiTM Cawangan Johor Prof Madya Dr Ahmad Naqiyuddin Bakar berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Operasi Bencana Negeri UiTM Cawangan Johor semalam.

“Semua warga kampus dinasihatkan mengambil langkah keselamatan seperti memakai topeng muka, mengurangkan aktiviti luar, menghindari kawasan tercemar, kerap minum air daripada sumber terawat dan mendapatkan rawatan segera jika mengalami simptom-simptom seperti pedih mata, kesukaran bernafas dan sakit dada,” katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sisa toksik tak terawat boleh ancam nyawa... ini ulasan penuh Pensyarah Kimia USM wajib baca!

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang di talian 07-3818000 atau Penyelaras Unit Komunikasi Korporat Kampus Pasir Gudang, Siti Mariam Mohammad Illiyas di talian 07-3818134 atau 016-3335364 atau e-mel kepada [email protected]

Kejadian pencemaran sisa kimia yang berlarutan sejak 7 Mac lalu telah menyebabkan lebih 900 orang awam dan pelajar sekolah dirawat di hospital sementara 111 buah sekolah di Pasir Gudang ditutup serta-merta. - Bernama.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...