> > Lima pusat ujian bertulis MUET di Pasir Gudang ditutup
Lima pusat ujian bertulis MUET di Pasir Gudang ditutup
NURUL HUDA HUSAIN Jumaat | 15 Mac 2019

PUTRAJAYA - Lima pusat Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) di Pasir Gudang, Johor Bahru yang sepatutnya menjalankan ujian bertulis bagi sesi 1 2019 pada 16 Mac ini ditutup susulan bencana pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim.

Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan berkata, kelima-lima pusat itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Penggawa Timur, SMK Taman Daya, SMK Taman Johor Jaya (1) dan Politeknik Sultan Ibrahim.

"Atas rasa keprihatinan dan simpati kepada calon di daerah Pasir Gudang akibat bencana itu, MPM menunda ujian bertulis MUET Sesi 1 2019 bagi calon-calon di pusat ini (lima pusat yang ditutup) kepada hari Sabtu, 6 April.
"Kesemua calon yang terlibat akan menduduki ujian di pusat yang sama tanpa sebarang caj tambahan," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, calon-calon yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi MPM di talian 03-6126 1662/03-6126 1666 atau hubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan semalam, memutuskan untuk menutup 111 buah sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor Bahru susulan bencana sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...