> > Isu plastik ke masalah pencemaran gas metana, Pasir Gudang... relevankah Geografi sebagai subjek wajib?
Isu plastik ke masalah pencemaran gas metana, Pasir Gudang... relevankah Geografi sebagai subjek wajib?

Sebelum ini, negara kita dikejutkan sebagai penyimpan sampah dari negara-negara lain di dunia. Ini dikaitkan dengan adanya kilang-kilang yang mengimport sampah dari beberapa negara lain.

Ini dikaitkan dengan masalah kitar semula plastik masih berhadapan dengan pelbagai cabaran. Negara kita menjadi penyimpan sampah orang luar. Rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar semakin merosot. Dahulunya, subjek Geografi yang dipelajari sejak tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5 adalah subjek yang diwajibkan untuk dipelajari kepada semua pelajar aliran sastera dan aliran sains.

Generasi muda Malaysia yang bakal menjadi usahawan atau pengusaha kilang akan datang perlulah diterapkan ilmu pengetahuan geografi yang menjaga kepentingan alam sekitar, amalan serta kesedaran penjagaan terhadap alam sekitar.

Pencemaran Kimia di Sg. Kim Kim, Pasir Gudang

Pencemaran kimia di Sg. Kim Kim telah membawa kejadian pencemaran udara sehingga membawa kesan terhadap kesihatan pelajar yang serius. Kejadian ini melibatkan tadika, sekolah rendah sehinggakan sekolah menengah.

Ini menjadikan satu pengalaman bermakna berhadapan trauma masalah pencemaran yang tidak diambil berat oleh manusia yang inginkan keuntungan tanpa memikirkan alam sekitar. Pastinya perkara ini harus diambil perhatian serius oleh Jabatan Alam Sekitar bagi semua industri kimia yang terdedah dengan risiko pencemaran udara terhadap manusia sekitar kilang pada masa akan datang.

Menurut Pakar Pengurusan Persekitaran, yang juga Pensyarah Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim, pengurusan persekitaran yang melibatkan kawasan industri kimia yang boleh terdedah kepada risiko pencemaran udara haruslah mempunyai Sistem Pengurusan Persekitaran Industri yang bersepadu atau 'Integrated Environmental Management' yang mengambil kira aliran proses industri sehingga menguruskan bahan tercemar dan persekitaran yang melibatkan penduduk sekitar.

Di negara Eropah, pengurusan persekitaran melibatkan kawasan industri dipandang berat dalam memastikan kesejahteraan masyarakat sekitar kawasan industri. Beliau mengatakan bahawa, kajian semula pengurusan persekitaran kawasan industri yang terdedah kepada pencemaran udara yang boleh menggugat kesihatan penduduk yang berdekatan industri haruslah diteliti semula.

Contohnya, industri simen yang boleh mendedahkan penduduk dengan simptom masalah kesihatan selain pencemaran kimia. Ia adalah pembunuh senyap yang boleh mengancam kesihatan manusia akan datang. Beliau sekarang, dalam kajian meneliti maklum balas penduduk terhadap simptom masalah pernafasan kesan industri simen pada masa kini.

Latihan dan Pengurusan Persekitaran

Jiwa manusia amat penting dalam kesejahteraan hidup di Malaysia. Kes pencemaran udara yang memberi kesan nyata terhadap manusia di Pasir Gudang memberi suatu gambaran bahawa kesedaran pemeliharaan alam sekitar bagi semua pihak adalah penting.

Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim lagi, suatu modul latihan pengurusan persekitaran bagi industri yang ada potensi berlakunya bencana pencemaran daripada industri harus difikirkan dilakukan kepada semua pekerja dari peringkat pentadbiran hinggalah peringkat bawahan seperti pekerja asing dan tempatan tidak terkecuali.

Beliau berpandangan, satu sistem audit haruslah dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab dalam memantau kepatuhan sistem tersebut.

Sekolah-sekolah yang berdekatan kawasan industri di seluruh negara haruslah dikenal pasti agar mempunyai tindakan SOP Fast Response bagi menghadapi sebarang bencana industri. Diharapkan pihak kerajaan dan industri dapat duduk semeja bagi meneliti hal ini bersama pakar akademik dalam mewujudkan persekitaran yang sejahtera.

Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim berharap pengalaman pencemaran gas metana memberi suatu petunjuk bermakna lokasi industri di negara Malaysia perlu dilihat semula terutamanya kawasan industri lama yang dahulunya tiada penduduk sekitar, namun kini dikelilingi penduduk yang boleh terdedah kepada ancaman bencana pencemaran industri.

Geografi dan RESQ TEAM UPSI dalam Membantu Mangsa Trauma di Pasir Gudang

Sudah pastinya, subjek Geografi masih relevan di sekolah bagi generasi Malaysia memahami alam sekitar di Malaysia dan kepentingan menjaga alam sekitar di Malaysia.

Sudah pasti juga yang bersalah melakukan pencemaran gas metana di Pasir Gudang ini seharusnya diadili seadil-adilnya. Mangsa trauma pencemaran metana harus terus didekati dalam membantu mensejahterakan komuniti.

Katanya lagi, selaku Penyelaras ResQ UPSI Team, Pusat Transformasi Komuniti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UCTC), UPSI melalui Outreach Trauma Pasir Gudang, ResQ TEAM UPSI yang dianggotai kumpulan pakar Kaunseling dan Trauma bakal membantu mangsa trauma pencemaran metana di Pasir Gudang.

Semua generasi Malaysia di semu aperingkat haruslah merenung sejenak betapa subjek Geografi amat penting membawa kita memahami alam sekitar di Malaysia dan menanam 'Rasa Sayang dan cintai Alam Sekitar di Malaysia'.

*Komentar ini hasil cetusan pendapat Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim, Pakar Pengurusan Persekitaran, merangkap Pensyarah Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...