> > Lantikan Ketua Unit di Pusat Kebudayaan USIM lebih dinamik
Lantikan Ketua Unit di Pusat Kebudayaan USIM lebih dinamik
DR FAUZIAH HASSAN Jumaat | 15 Mac 2019

NILAI – Pusat Kebudayaan USIM (PK) telah menyusun strategi baharu dengan melantik Timbalan Pengarah dan Ketua Unit untuk memperkasakan semula governan pengurusan di PK tanpa melibatkan permohonan perjawatan baharu.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani berkata, lantikan Timbalan Pengarah dan Ketua Unit di PK ini dilihat lebih dinamik untuk penjenamaan semula dan sebagai suntikan semangat baru kepada semua yang dilantik dalam amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Pelantikan ini juga sebagai satu inisiatif kepada PK yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam usaha menaikkan nama USIM melalui aktiviti dan program berbudaya. Oleh itu, pihak pengurusan USIM mengharapkan agar PK dapat memposisikan kedudukan mereka sebaris dengan Pusat Kebudayaan IPT yang lain,” katanya.

Selain itu, pengurusan USIM sebenarnya mengharapkan dengan pelantikan ini akan menjadi permulaan yang baik kepada PK untuk lebih berusaha mengembangkan kebolehan dan pencapaian ke peringkat yang lebih tinggi melalui output, kreativiti, impak dan sumbangan PK kepada USIM dan masyarakat.

“Mungkin di masa akan datang, USIM akan mempertimbangkan keperluan kepada perjawatan baharu di PK sekiranya PK berjaya membuktikan tahap kecemerlangan dan meningkatkan sumbangan mereka kepada USIM dan masyarakat menerusi program dan aktiviti berimpak tinggi.

“Ini kerana, pihak pengurusan USIM melihat perkembangan yang luar biasa di PK di mana banyak program yang dijalankan dan mempunyai nilai komersil serta berimpak tinggi walaupun mempunyai bilangan staf yang sedikit,” tambahnya lagi.

Menurut Pengarah PK USIM, Ismail Ahmed, lantikan Timbalan Pengarah dan Ketua Unit yang baharu selama tiga tahun di PK ini adalah sebagai langkah untuk memperkasa setiap unit di dalam PK dan memberi fokus kepada unit masing-masing untuk bekerja dengan lebih teratur dan sistematik.

Timbalan pengarah dan Ketua Unit PK USIM yang dilantik bergambar bersama TNC HEP, Pengarah PK dan Pengarah StraComm USIM.

“Saya sangat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh pihak pengurusan yang telah menjadikan harapan saya sebagai satu realiti. Saya juga berharap agar pengurusan universiti akan terus menyokong setiap aktiviti dan program yang dianjurkan di Pusat Kebudayaan untuk terus merancakkan lagi program seni yang mempunyai nilai budaya dan menyumbang kepada kecemerlangan USIM,” katanya.

Selain itu, dalam perkembangan lain, PK juga sedang berusaha untuk mendaftarkan sebagai langkah untuk menjaga hak cipta produk-produk yang dikeluarkan oleh PK USIM seperti USIM Street Dakwah, Penerbitan Album dan sebagainya di MyIPO Malaysia.

Pelantikan ketua unit ini adalah selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti pada 7 Februari 2019. Antara yang dilantik ialah; Mohamad Akmal Razali, Timbalan Pengarah Pusat Kebudayaan dan Ketua Unit Pembangunan Aktiviti, Multimedia dan Keusahawanan Seni;Rozihani Mohamad, Ketua Unit Pengurusan Dokumentasi dan Penerbitan Kreatif; Arohiyah Abdullah, Ketua Unit Pengurusan Persembahan Seni dan Azrulaine Mohd Ariffin, Ketua Unit Pentadbiran.

Pusat Kebudayaan USIM pernah memenangi Anugerah Gong Kencana dalam Malam Anugerah Seni 2017 anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) pada Januari 2018 kerana telah menunjukkan potensi yang cemerlang dan terbaik dalam penganjuran aktiviti kebudayaan berasaskan kecemerlangan pencapaian dan program seni budaya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...