> > ‘Jaga hubungan demi keberkatan ilmu’
‘Jaga hubungan demi keberkatan ilmu’
WARTAWAN SINAR HARIAN Jumaat | 15 Mac 2019

KUANTAN - Menjaga perhubungan baik dengan guru dan kawan antara kunci kejayaan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 peringkat Maad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), Nazira Zainal, 18.

Nazira yang mendapat 11A tidak menyangka dipilih sebagai pelajar terbaik kerana dia bukan pelajar yang cemerlang.

“Syukur kerana penat lelah saya selama ini berhasil. Tanpa cikgu dan rakan-rakan tidak mungkin saya berada di sini.
“Ini semua tentang kesungguhan dan berkat doa mak ayah juga yang sentiasa berada di sisi.
“Dalam perbuatan terutama menuntut ilmu, kita kena ikhlaskan diri kerana ALLAH. kejayaan pasti akan dicapai,” katanya yang berhasrat melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Seorang lagi pelajar cemerlang, Nur Mujeera Chaudhry yang bercita-cita menjadi doktor berkata, hafazan 30 juzuk al-Quran membantunya mengingati pelajaran selain memberi ketenangan hati.

“Ia semua berkat menghafal al-Quran selain tumpuan penuh kepada proses pembelajaran dalam kelas,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...