> > Bimbang isu kemurungan, tapi kurang kesedaran
Bimbang isu kemurungan, tapi kurang kesedaran
FARAH NABILAH SAMIDI, USIM Jumaat | 15 Mac 2019

Merujuk kepada isu pelajar cuba terjun dari bumbung sekolah yang diterbitkan akhbar tempatan baru-baru ini, disebabkan oleh kemurungan yang dihadapi membuatkannya ingin membunuh diri. Isu kemurungan bukanlah sesuatu yang baru akan tetapi ia sukar dibendung akibat kurangnya kesedaran mengenai kesengsaraan gangguan mental.

Menurut Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang terkini, tiga daripada 10 orang dewasa yang berusia 16 tahun ke atas menderita akibat pelbagai isu kesihatan mental yang dialami dan angka ini akan meningkat dan menjadi semakin membimbangkan tahun demi tahun.

Lebih menggerunkan apabila masalah kemurungan dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar menjejaskan rakyat Malaysia menjelang 2020 selepas penyakit jantung.

Kurangnya kesedaran mengenai isu kemurungan ini telah menarik minat Puteri Sultan Pahang, Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan untuk tampil bersama dalam menangani isu kesihatan mental. Keterujaan yang ditunjukkan pada wajah beliau cukup membuktikan betapa pentingnya dalam membantu mengikis stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap individu yang berhadapan masalah mental.

Dengan kekaguman beliau terhadap Miasa yang mempunyai semangat, jiwa dan raga dalam memperjuangkan isu ini tiada tolok bandingnya menyebabkan beliau berkecimpung dalam organisasi ini seterusnya dilantik sebagai penaung diraja pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Miasa merupakan sebuah badan NGO yang menyediakan sokongan dan penjagaan kepada pesakit melalui pelbagai inisiatif. Dengan ini, ia akan menggambarkan lagi kepentingan kesihatan mental yang akan membentuk masyarakat agar mampu menerima isu kesihatan mental sebagai sesuatu yang tidak asing dan memberi impak positif dalam kalangan pesakit.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Alister Cogia telah menghina Islam di laman sosialnya. Susulan arahan daripada Mahkamah Tinggi di Kuching, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan akan menjalani pemeriksaan mental di Hospital Sentosa, Kuching.

Dia telah diletakkan dalam pemerhatian selama sebulan bagi mendapatkan kepastian kerana ahli keluarganya memberitahu pihak polis bahawa Alister menunjukkan simptom gangguan mental dan memerlukan khidmat nasihat serta terapi psikiatri.

Ekoran berita tersebut, orang ramai terutamanya ahli keluarga berperanan penting dalam mencegah penyakit ini. Kita boleh mengesan sekiranya seseorang itu mengalami gangguan mental apabila kita dikelilingi oleh seseorang yang berkelakuan pelik atau luar biasa dan cuba membantu mereka untuk mendapatkan rawatan.

Setiausaha Agung Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Dr Ang Kim Teng menyatakan bahawa 'bantuan kecemasan pertama' memainkan peranan penting dalam mengenalpasti perubahan yang berlaku terhadap diri seseorang dan menyediakan bantuan bagi masalah ini.

Bantuan kecemasan pertama ini menyediakan panduan bagi seseorang dalam membantu penghidap masalah kesihatan mental sehingga bantuan profesional diterima. Menurut Dr Ang lagi, seseorang yang dimaksudkan itu merupakan anggota keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja, mahupun pelajar selagi mereka mempunyai pertalian rapat dengan pesakit tersebut.

Ini kerana mereka sudah mempunyai pengetahuan serba sedikit mengenai pesakit tersebut serta lebih mengetahui permasalahan yang dihadapi serta melihat perkembangannya dari hari ke hari.

Firman ALLAH yang bermaksud: “Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, (29) (iaitu) Harun, saudaraku, (30) teguhkanlah kekuatanku dengan keberadaannya, (31) dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, (32)”. (Surah Thaha: 29-32)

Berdasarkan ayat ini kita sebagai ahli keluarga mahupun saudara seIslam mestilah bantu-membantu antara satu sama lain dalam pelbagai urusan terutamanya jika saudara terdekat mengalami masalah ini. Oleh itu, dengan adanya kesedaran daripada masyarakat, masalah gangguan mental ini dapat dibendung sebelum menjadi parah.

*Penulis, Nabilah Samidi adalah mahasiswa tahun 3 jurusan Bahasa Arab dan Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk kerja kursus di bawah kod subjek ACJ3053 (Pemberitaan dan Penulisan Rencana).


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...