> > Qatar Airway tawar Insentif Perjalanan Korporat kepada UUM
Qatar Airway tawar Insentif Perjalanan Korporat kepada UUM
NORDIANA SHAFIEE FOTO: IHSAN UUM Jumaat | 15 Mac 2019

KUALA LUMPUR - Warga Universiti Utara Malaysia (UUM) kini boleh menikmati diskaun sehingga 20 peratus dengan pembelian tiket penerbangan Qatar Airways selepas kedua pihak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), baru-baru ini.

MoU itu ditandatangani Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani dan Pengurus Negara Malaysia dan Brunei Qatar Airways, Datuk Muzammil Mohamad di Central Plaza, di sini.

Ahmad Bashawir berkata, dengan termeterainya MoU itu, Qatar Airways telah bersetuju menawarkan Insentif Perjalanan Korporat kepada UUM.

Menurutnya, beliau berbesar hati apabila Qatar Airways menawarkan insentif berkenaan untuk semua staf dan pelajar UUM dengan pembelian tiket menerusi anak syarikat UUM iaitu Uniutama Travel and Tours Sdn. Bhd. (UTTSB).

Katanya, perjanjian itu juga secara tidak langsung memberikan manfaat kepada UUM melalui penjimatan kos bagi perjalanan rasmi ke luar negara dan juga manfaat tambahan kepada staf dan pelajar UUM.

Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani (kanan) dan Datuk Muzammil Mohamad menandatangani MoU di pejabat Qatar Airways, Kuala Lumpur.

“Selain menikmati kadar diskaun itu, UUM juga telah lama berhasrat untuk berkolaborasi dan bekerjasama dengan Qatar Airways sebagai pemain industri penerbangan dunia terkemuka dalam memformulasi model pembangunan jenama yang tepat bagi mencapai hasil kejayaan yang sama.

“Secara peribadi, saya mendapati pendekatan pemasaran yang dibangunkan oleh syarikat penerbangan inj dalam strategi produk, harga dan promosi sangat relevan dengan penjenamaan semula dan amalan pemasaran yang diinginkan UUM,” katanya pada Majlis Menandatangani MoU Antara UUM dan Qatar Airways.

Ahmad Bashawir berkata, melalui pendekatan yang betul dan dimodelkan dengan Qatar Airways, UUM pasti dapat meningkatkan imej dan ‘visibility’ dengan industri khususnya dengan syarikat besar dunia.

Menurutnya, beliau juga berharap pelajar UUM dialu-alukan untuk menjalani latihan industri dengan syarikat penerbangan terkemuka dunia ini dan berharap dengan kerjasama itu juga Qatar Airways akan menjadi pintu masuk kepada UUM untuk menembusi negara luar bagi tujuan mempromosikan program pengajian yang ditawarkan UUM.

Katanya, Qatar Airways mempunyai rangkaian lebih 160 destinasi di seluruh dunia, justeru UUM ingin memanfaatkan peluang tersebut dengan adanya kerjasama dengan syarikat penerbangan itu.

Sementara itu, Datuk Muzammil berkata, kerjasama ini adalah satu berita gembira kerana Qatar Airways dapat bekerjasama dengan universiti tempatan yang mana ia memanfaatkan kepada kedua pihak.

Menurutnya, kini komuniti UUM dapat akses ke 160 destinasi seluruh dunia dengan terbang bersama Qatar Airways melalui Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Qatar Airways, syarikat penerbangan berpusat di Asia Barat telah menjadikan Kuala Lumpur destinasi syarikat penerbangan itu sejak Disember 2001 dan Pulau Pinang pada Februari tahun lalu dan dijangka akan beroperasi di Pulau Langkawi pada tahun ini.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...