> SUKAN > 32 pasukan berentap di King’s Futsal Fest
32 pasukan berentap di King’s Futsal Fest
NAHRIZUL ADIB KADRI Jumaat | 15 Mac 2019

Sebuah pertandingan futsal terbuka yang dinamakan ‘King’s Futsal Fest’ telah dianjurkan oleh Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, Universiti Malaya (UM), baru-baru ini melibatkan 32 pasukan.

Pertandingan yang diadakan kali kedua ini antara lainnya bertujuan menyediakan platform bagi golongan mahasiswa dan belia untuk menyertai kegiatan sukan yang kompetitif dalam suasana yang sihat.

“Golongan muda, baik mahasiswa mahu pun belia di luar kampus, sentiasa 'tercari-cari' persekitaran yang mempraktikkan daya persaingan sihat. Pertandingan futsal seperti ‘King’s Futsal Fest’ ini dilihat memenuhi kriteria ini, selain faktor-faktor lain yang kondusif,” kata Muhammad Arash Baharuddin, pelajar tahun pertama jurusan kejuruteraan kimia UM, yang juga pengarah program.

Aksi perlawanan akhir antara Abangs FT dan Al-Aqsa FC.

Sebanyak 32 pasukan telah mengambil bahagian di dalam pertandingan yang diadakan di gelanggang futsal Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah UM ini. Terdapat 17 pasukan di kalangan mahasiswa UM, dan selebihnya dari pasukan futsal amatur di sekitar Lembah Kelang.

“Saya kagum dengan komitmen yang ditunjukkan oleh barisan pengelola penganjuran program, kerana terdiri daripada mahasiswa tahun pertama. Pendedahan asas pengurusan acara sukan yang didapati selama penganjuran program ini diharapkan mampu membina keterampilan mereka sebagai graduan kelak,” kata Dr. Nor Eeza Zainal Abidin, pensyarah Pusat Sukan UM yang juga merupakan penasihat program.

Pasukan Abangs FT dan Al-Aqsa FC bergambar kenangan sebelum perlawanan akhir.

Menariknya, program ini turut disertai oleh lima buah pasukan yang terdiri dari mahasiswa antarabangsa UM.

“Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh kesemua pasukan untuk merancang dan berstrategi dalam menentukan kemenangan pasukan masing-masing, kerana suasana pertandingan yang kompetitif dengan kehadiran pemain dari negara lain,” kata Muhammad Arash lagi.

Barisan penganjur program bergambar kenangan setelah tamat pertandingan.

“Program sukan sebegini amat digalakkan penganjuran dan penyertaannya di kalangan belia, kerana impaknya yang jelas dalam pemupukan dan pembinaan sifat-sifat diri yang baik. Selain para peserta yang membina semangat kesukanan yang sihat, mereka yang terlibat dalam penganjurannya pula bakal membina sifat kepimpinan dan teknik pengurusan yang seimbang,” kata Prof. Madya Dr. Nahrizul Adib Kadri, selaku pengetua Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah UM.

Pasukan Abangs FT telah dinobatkan sebagai pemenang setelah memenangi perlawanan akhir. Tempat kedua dimenangi oleh Al-Aqsa FC yang terdiri daripada mahasiswa antarabangsa UM, dan tempat ketiga oleh Tora Tora FT.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...