> EVENT > Akitiviti Publisiti IOI City Mall berlangsung meriah
Akitiviti Publisiti IOI City Mall berlangsung meriah
LEE JIA WEI, UM Jumaat | 15 Mac 2019

PUTRAJAYA - Pada 9 Mac dan 10 Mac lalu, Aktiviti Publisiti Program Pesta Ang Pau Universiti Putra Malaysia Ke-14 telah berlangsung dengan jayanya di IOI City Mall, Putrajaya selama dua hari.

Pada hari pertama, aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna, pertandingan melukis dan pameran budaya Cina. Dalam pertandingan mewarna dan melukis tersebut, Ketua Jabatan Seni Halus bagi Institut Seni Lukis Malaysia (MIA), Liu Cheng Hua turut dijemput sebagai juru pertandingan.

Pertandingan melukis dan mewarna tersebut telah disertai oleh murid-murid sekolah rendah yang terdiri daripada pelbagai kaum. Suasana pertandingan tersebut amat meriah dengan kehadiran orang ramai.

Akitiviti Publisiti IOI City Mall.

Selain itu, pameran budaya Cina juga telah dianjurkan di The Symphony Walk. Dalam pameran tersebut, keunikan budaya Cina seperti diabolo, kesusasteraan dan kesenian, wushu dan catur telah diperkenalkan kepada orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Kaligrafi

Manakala pada hari kedua, persembahan yang menakjubkan telah disediakan selain daripada pameran budaya Cina. Ia telah dipersembahkan oleh Kelas Tarian Moden, Kelas Diabolo dan Kelas Muzik Moden Yinzi yang semua merupakan kelas-kelas kebudayaan Cina yang terdapat di bawah Persatuan Senibudaya Zhong Hua UPM.

Cabutan bertuah Sesi Pertama.

Selain itu, aktiviti publisiti Program Pesta Ang Pau UPM Ke-14 telah diakhirkan dengan cabutan bertuah. Dengan tamatnya aktiviti publisiti tersebut, karnival dan ekstravaganza Program Pesta Ang Pau UPM Ke-14 yang dinanti-nantikan akan datang dan diharap akan mendapat sokongan ramai.

Cabutan bertuah Sesi Ke-2.

Butiran-butiran mengenai aktviti Program Pesta Ang Pau UPM Ke-14 adalah seperti di bawah.

1. Karnival Program Pesta Ang Pau UPM Ke-14

Tarikh: 21 Mac 2019 (Khamis) hingga 22 Mac 2019 (Jumaat)

Masa: 5:00 petang hingga 10:00 malam (21 Mac 2019) 10:00 pagi hingga 6:00 petang (22 Mac 2019)

Tempat: Sekitar Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM

Harga tiket: Percuma

2. Ekstravaganza Program Pesta Ang Pau UPM Ke-14

Tarikh: 22 Mac 2019 (Jumaat)

Masa: 6:30 petang hingga 11:30 malam

Tempat: Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM

Harga tiket: RM 10 (Beli 9 percuma 1)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

i.Loo Kam Kun (011-10904872)

ii.Kuan Pooi Pooi (016-5933768)

iii.Lin Yu Ting (011-11458342)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...