> > 153 bakal doktor dari UNIMAS 'diserahkan' kepada keluarga angkat
153 bakal doktor dari UNIMAS 'diserahkan' kepada keluarga angkat
UNIMAS GLOBAL Jumaat | 15 Mac 2019

KOTA SAMARAHAN – Majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat Pelajar Perubatan Tahun 1 Sesi 2018/2019, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UNIMAS telah berlangsung di Dewan Seminar Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS baru-baru ini.

Majlis penyerahan seramai 153 orang mahasiswa dan mahasiswi Program Doktor Perubatan ini telah disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Prof. Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman kepada 40 keluarga angkat dari Kampung Mang Tradisi.

Melalui Kursus Kesihatan Keluarga, Jabatan Perubatan Komuniti dan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UNIMAS bersama-sama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Mang Tradisi berganding bahu menjayakan program ini.

Sesi penyerahan anak angkat pelajar perubatan Tahun 1 Kursus Kesihatan Keluarga Sesi 2018/2019 oleh Prof. Mohd Fadzil di PITAS, UNIMAS. (FOTO UNIMAS GLOBAL)
Program Anak Angkat ini adalah sebagai pendedahan awal kepada bakal-bakal doktor berkaitan dengan cara hidup masyarakat kampung dan diharap pengalaman berharga sebegini dapat membantu mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat pada masa akan datang.

Prof. Mohd Fadzil berharap agar bakal doktor ini dapat menjadikan program sebegini sebagai batu loncatan untuk memahami dan menyelami situasi sebenar penduduk kampung sebelum melangkah ke alam pekerjaan apabila menamatkan pengajian kelak.

"Program sebegini merupakan wadah dan peluang keemasan kepada para pelajar yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam menimba pengalaman berharga ini," katanya lagi.

Selain itu, program ini juga boleh dijadikan platform untuk mengetengahkan Kampung Mang Tradisi kepada masyarakat umum kerana keunikan nama kampung ini.

Majlis turut dihadiri Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan; Timbalan Dekan Pra Siswazah, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan; pensyarah-pensyarah dan kakitangan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta keluarga angkat Kampung Mang Tradisi.

Prof. Mohd Fadzil (tengah) merakamkan kenangan bersama para pelajar dan penduduk kampung sejurus selesai majlis. (FOTO UNIMAS GLOBAL)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...