> ISU > Kenyataan media Menteri Pendidikan Malaysia susulan serangan ganas di Christchurch, NZ
Kenyataan media Menteri Pendidikan Malaysia susulan serangan ganas di Christchurch, NZ
KAMPUS UOLS Jumaat | 15 Mac 2019

Berikut adalah kenyataan media daripada Menteri Pendidikan Malaysia berkaitan situasi semasa pelajar Malaysia susulan serangan ganas di Christchurch, New Zealand.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan kejam individu ganas yang menyerang umat Islam di dalam masjid di Christchurch, New Zealand.

Terdapat dua (2) universiti di Christchurch yang mempunyai pelajar Malaysia iaitu Canterbury University dan Lincoln University.

Pihak Education Malaysia Australia telah berhubung dengan wakil pelajar Malaysia di kedua-dua universiti berkenaan dan mengesahkan jumlah pelajar Malaysia di Canterbury University adalah seramai 270 orang, manakala di Lincoln University adalah seramai 33 orang.

Sehingga jam 5 petang, KPM melalui Education Malaysia Australia mengesahkan bahawa tiada pelajar Malaysia di Christchurch yang terlibat dalam insiden ini dan kebanyakan pelajar berada di universiti masing-masing semasa insiden berlaku.

Semua pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di sekitar Christchurch dan bandar-bandar lain di New Zealand adalah dinasihatkan untuk menjaga keselamatan dan sentiasa mengikuti perkembangan dan arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.

YB DR MASZLEE MALIK

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

15 MAC 2019


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...