> > Ini perkembangan terkini suami pensyarah UiTM selepas insiden di Christchurch, NZ
Ini perkembangan terkini suami pensyarah UiTM selepas insiden di Christchurch, NZ
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA Sabtu | 16 Mac 2019

SHAH ALAM - Pensyarah dari Fakulti Perhotelan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam memanjatkan rasa syukur kepada ILLAHI selepas suaminya yang cedera ditembak pengganas dalam serangan di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand telah sedar.

Zurinawati Mohi, 48, berkata, suaminya, Nazril Hisham Omar, 49, memberikan respon positif ketika beliau membuat panggilan video, awal pagi tadi.

"Saya bertanyakan keadaannya. Dia mengangguk dan berkata sakit. Alhamdulillah...suami saya sudah sedar.
"Itu sudah cukup buat saya rasa syukur sebab sebelum ini saya tidak tahu keadaan sebenarnya selepas ditembak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini, suaminya dijaga anaknya, Muhammad Haqiem Daniel, 18.

"Saya dimaklumkan suami ditembak beberapa kali. Antaranya di jari kaki dan belakang. Ketika ini dia separa sedar selepas menjalani pembedahan.
"Mungkin hari ini ada lagi pembedahan. Itu yang anak saya maklumkan," katanya.

Zurinawati berkata, beliau akan ke New Zealand jam 7 malam ini, menaiki pesawat dari Singapura.

Nazril Hisham antara tiga rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera ditembak pengganas.

Selain Nazril Hisham, dua lagi mangsa serangan pengganas itu adalah Mohd Tarmizi Shuib dan Rahimi Ahmad.

Kesemua mereka kini dirawat di Hospital Christchurch.

Kejadian serangan itu menyebabkan 49 orang maut dan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pensyarah UiTM cedera ditembak dalam serangan, Zurinawati tak dapat tahan sebak kongsi kisah tiga lagi anaknya

Sumber: Sinar Harian


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...