> > Tak sangka, 'panahan' pasukan memanah UMT raih pingat di luar jangka
Tak sangka, 'panahan' pasukan memanah UMT raih pingat di luar jangka
AMIRUL SALAM, UMT Ahad | 17 Mac 2019

KUALA NERUS - Pasukan memanah pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menepati ramalan apabila meraih pingat emas acara Jarak 50 meter Olympic Round (wanita) pada Kejohanan Memanah Anjuran Majlis Sukan Pulau Pinang, baru-baru ini.

Gandingan mantap Siti Salsabilah Hasan (PPPPM), Nurul Izzati Ramli (PPSMS), Nuri Hafizhin Afifi Rosle (PPSPA) yang mewakili UMT berjaya memungut mata tertinggi pada kejohanan kali ini setelah menjalani latihan beberapa bulan lalu.

“Kebanyakan peserta menampilkan aksi hebat dan sengit,” ujar Nuri Hafizhin Afifi Rosle.
“Saya menganggap ini hasil usaha keras saya dan pasukan berlatih pagi dan petang setiap hari sejak beberapa bulan lepas bagi menghadapi temasya ini dan saya perlu kekal fokus untuk membuat bidikan terbaik," tambahnya.

Dalam kejohanan sama, atlet UMT berjaya memberi saingan sengit apabila berjaya mendapat anugerah pingat perak bagi acara Memanah Staf (Lelaki) Jarak 50 meter Olympic Round dan Memanah Pelajar (Lelaki) Jarak 50 meter Olympic Round.

Sementara itu, Kamal Talib selaku jurulatih memanah UMT menarik nafas lega dengan pencapaian pasukan kendaliannya dan berharap akan menempa pelbagai kejayaan dalam temasya akan datang.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...