> TAD teruskan kesinambungan menjejaki alumni UPM
TAD teruskan kesinambungan menjejaki alumni UPM
NUR ANISAH EZUDDIN, UPM Isnin | 18 Mac 2019

DALAM usaha memantapkan dan memperluaskan jaringan alumni Universiti Putra Malaysia, Pusat Alumni UPM (ACUPM) sentiasa komited dalam merencana dan melaksanakan pelbagai aktiviti serta program yang melibatkan alumni bagi mengekalkan jalinan hubungan sepanjang hayat yang konsisten di antara alumni dan alma mater.

Sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab yang berperanan dalam menggerakkan aktiviti perhubungan alumni, Pusat Alumni sentiasa seiring dengan hasrat universiti untuk memperkasakan hubungan dan jaringan alumni dengan melaksanakan pelbagai program untuk merapatkan hubungan para alumni dengan universiti dan menyokong universiti ke arah matlamat PG200.

Program Tracing Alumni @ District atau lebih dikenali dengan penjenamaan TAD buat pertama kalinya telah dilaksanakan pada tahun ini, hasil kesinambungan daripada Program Tracing Alumni for Collaboration & Engagement (TRACE) yang dijalankan di setiap negeri.

Untuk makluman, program ini menumpukan setiap daerah di bawah naungan negeri yang meliputi setiap Zon di Semenanjung Malaysia.

Tujuan asas program ini adalah untuk menjejaki para alumni secara kelompok kecil dengan lebih dekat melalui daerah-daerah yang ditetapkan agar perhubungan alumni di setiap daerah terus diperkasakan dan secara tidak langsung dapat membawa alumni kembali menyumbang kepada alma mater.
Jejak ke daerah Batu Pahat, Johor. (FOTO UPM)

TAD Zon Selatan membuka tirai pada 4 Mac lalu selama 5 hari 4 malam yang meliputi daerah Muar, Batu Pahat dan Kluang.

Pusat Alumni turut mengambil langkah cakna untuk menjejaki para alumni UPM melalui beberapa agensi/syarikat yang membawa kepada kepentingan bersama dalam merealisasikan hasrat prospek kolaborasi di antara UPM dan alumni di setiap daerah.

Antara agensi/syarikat yang dijejaki adalah Pejabat Pendidikan Daerah Muar, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Ledang, Majlis Perbandaran Muar, Kolej Vokasional Batu Pahat, Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kluang.

Jejak alumni ke daerah Kluang. (FOTO UPM)

Pusat Alumni UPM juga telah berjaya melaksanakan Program Malam Mesra Alumni UPM di Daerah Muar dan Kluang.

Hasil daripada perancangan aktiviti dan lawatan agensi, seramai 45 orang alumni telah dijejaki serta data alumni telah dikemas kini dan pelbagai prospek kolaborasi telah dipersetujui.
Pada masa yang sama, program ini juga disasarkan sebagai salah satu landasan terbaik kepada para alumni untuk menyumbang kembali kepada alma mater melalui Tabung 1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit (1A1SR).

Konklusinya, dalam usaha membudayakan semangat kekitaan, kebanggaan dan keprihatinan alumni terhadap alma mater, Pusat Alumni (ACUPM) sentiasa memantapkan usaha untuk terus melestarikan rangkaian hubungan yang baik dengan alumni melalui program dan aktiviti yang boleh menjalinkan jaringan alumni dari semua kategori (cohort).

Jejak alumni ke daerah Muar. (FOTO UPM)
Justeru, Pusat Alumni (ACUPM) bercadang memperluaskan penganjuran aktiviti TAD 2019 ke Zon Timur, Barat dan Utara Semenanjung Malaysia melalui daerah-daerah yang ditetapkan.

Terkini, pihak Pusat Alumni bakal menjejaki para alumni UPM Zon Timur iaitu di daerah Maran, Pekan dan Rompin pada 14-18 April 2019.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...