> Tip pikat hati pensyarah untuk raih markah tinggi...no 6 tu tak ramai yang buat
Tip pikat hati pensyarah untuk raih markah tinggi...no 6 tu tak ramai yang buat
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 18 Mac 2019

Boleh dikatakan setiap semester akan ada tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Tugasan merupakan markah tambahan selain markah peperiksaan. Tetapi bagaimana untuk mendapatkan markah tinggi dalam tugasan? Perlu ke pikat hati pensyarah untuk tujuan tersebut? Nak tahu dengan lebih lanjut, berikut disediakan tip-tip untuk kamu dapat markah tinggi dalam setiap tugasan yang diberi.

1. Jangan meniru tugasan orang lain

Semestinya lakukan dan buat sendiri tugasan yang diberi. Jangan upah dan meniru tugasan orang lain. Biarpun susah untuk mendapatkan bahan, belajarlah untuk berdikari. Tanpa buat sendiri, kamu tidak akan tahu 'ilmu' yang terkandung di dalamnya. Bagi tugasan berkumpulan, lebih baik diagih-agihkan tugasan masing-masing, lebih cepat dan menjimatkan masa.

2. Fakta betul dan lengkap dengan huraian

Mencari bahan tugasan tidak hanya untuk mengejar kuantiti semata-mata. Paling penting kualiti. Fakta mesti betul dan lengkap dengan huraian serta penggunaan ayat yang mudah untuk difahami supaya dapat menyampaikan maklumat dengan jelas.

3. Kerap berjumpa pensyarah

Tidak ada salahnya jika kamu dan teman-teman kerap berjumpa dengan pensyarah atas dasar untuk bertanyakan hal-hal tugasan. Lagi kerap kamu bertanya dan meminta pandangan, lagi mudah untuk kamu menyiapkan tugasan. Ini kerana secara tak langsung kamu dapat memahami apa 'isi' yang patut kamu tulis dalam tugasan tersebut nanti.

4. Mengikut arahan yang ditetapkan

Membuat tugasan tidak semestinya mengikut kehendak sendiri. Kadang kala ada pensyarah telah menetapkan garis panduan dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Oleh itu kamu perlu mengikut arahan yang diberikan. Jangan pula kamu memandai mandai membuat keputusan sendiri ye!

5. Tidak langgar tarikh hantar tugasan

Perkara paling penting yang memberi markah pada kamu adalah menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan. Lagi baik jika dapat disiapkan lebih awal, kerana kamu ada kesempatan untuk 'double check' tugasan tersebut sebelum diserahkan kepada pensyarah. Sekurang-kurangnya jika ada kesilapan, kamu masih berpeluang untuk memperbaiki dan memperkemaskannya lagi.

6. Sesekali belanja pensyarah

Mungkin juga jika ada kelapangan kamu boleh belanja pensyarah minum di kafe berhampiran. Tunjukkan bahawa kamu memang ikhlas belanja pensyarah makan dan katakan tiada niat tersembunyi. Waktu inilah kamu boleh korek rahsia untuk mendapat score yang tinggi untuk tugasan yang diberikan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...