> > Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI anjur kempen Kempen [email protected]
Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI anjur kempen Kempen [email protected]
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 18 Mac 2019

TANJUNG MALIM - Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) giat melaksanakan kempen galakan membaca seiring saranan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan kempen dalam kalangan warga Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta bermula 1 Oktober 2018.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, walaupun aktiviti sebegitu adalah biasa namun ia perlu dilaksanakan untuk mengembalikan semangat dan budaya untuk tujuan pembacaan.

“Sebagai individu bergelar pelajar perlu menghayati dan mengamalkan budaya ini dengan menjadikan ia sebagai sebahagian kehidupan kita, saya pasti kita akan mampu berjaya bukan sahaja sebagai manusia, tetapi sebagai sebuah organisasi dan bangsa kerana ada perbezaan antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu,” katanya pada Majlis Pelancaran [email protected] bertemakan ‘With Knowledge We Lead’ yang diadakan di Aras 1, PTB.

Prof Dr. Mohammad Shatar berkata, banyak inisiatif dan manfaat yang boleh dipelajari menerusi pembacaan dan berharap pelancaran tersebut tidak terhenti sebagai pelancaran tetapi perlu diteruskan

Program Lets Talk siri pertama yang disampaikan oleh Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar bertajuk ‘Be A Virus’.

Bersempena pelancaran tersebut turut diadakan program Lets Talk siri pertama yang disampaikan oleh Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar bertajuk ‘Be A Virus’.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pustakawan, Siti Sumaizan Ramli, [email protected] diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca dalam kalangan warga universiti, menyelaras pelaksanaan aktiviti yang memberi impak tinggi kepada golongan sasar, serta meningkatkan tahap pembacaan warga universiti dan masyarakat setempat.

Dr. Mohammad Shatar (empat, kiri) bersama-sama tetamu yang hadir.
“PTB juga sentiasa mempertingkatkan bahan bacaan yang releven, bermutu dan terkini untuk diakses oleh warga UPSI, dan ahli dari warga sekolah dan msyarakat setempat untuk memperkukuhkan budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat,” katanya.

Katanya, sepanjang kempen tersebut, PTB telah dan akan menjalankan pelbagai aktivi antaranya Wacana Teromba Sebagai Alat Komunikasi Masyarakat Melayu, Ujana Ilmu : Kesihatan Meltal Pembunuh Dalam Diam,Seminar Kesultanan Melayu Perak, Jelajah Pustaka, Library Engagement With Community, Pesta Buku UPSI Ke17 anjuran bersama Pejabat Karang Mengarang, Wacana Seni Dabus, dan Sembang Santai Orang Muda Bersama Miss Nina .

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran melakukan gimik pelancara.

Jelasnya, kerajaan memandang serius berhubung senario semasa iaitu budaya membaca masyarakat Malaysia dalam pembacaan sebagai rekreasi dan literasi di semua peringkat.

"Sejak dua dekad yang lalu, kempen membaca yang dilaksanakan oleh kepelbagaian pihak dan peringkat masih belum mencapai tahap memuaskan dan perpustakaan perlu menjadi agen penggerak bagi menyemarakkan lagi kempen membaca di institusi masing-masing dan membantu dalam menyokong aspirasi mewujudkan dekad membaca 2030," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...