> PERAK > Karnival kerjaya PUO - Perkeso tawar 1,500 peluang pekerjaan
Karnival kerjaya PUO - Perkeso tawar 1,500 peluang pekerjaan
BERNAMA Selasa | 19 Mac 2019

IPOH - Karnival Kerjaya Politeknik Ungku Omar (PUO)-Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang diadakan sempena Jubli Emas Politeknik Malaysia menawarkan 1,500 peluang pekerjaan bagi para penuntut dan komuniti setempat.

Pengarah PUO Dr Zairon Mustapha berkata karnival selama sehari yang bermula dari 9 pagi hingga 4 petang itu melibatkan penawaran pekerjaan daripada 36 agensi dan syarikat.

"Kami di PUO buat sesuatu bukan hanya untuk penuntut sahaja tetapi kami mahu pastikan rakyat di negeri Perak khususnya, dapat peluang pekerjaan atau kursus kemahiran kerana konsep penubuhan PUO ini untuk komuniti setempat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian karnival Kerjaya PUO-Perkeso yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Dr Abdul Aziz Bari di Dewan Jubli PUO di sini.

Dalam pada itu, Zairon berkata kadar kebolehpasaran graduan PUO mencatatkan lebih 95 peratus berikutan politeknik berkenaan merupakan gedung utama pengeluar juara dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

"PUO sudah mempunyai lebih 70,000 alumni dan mereka merupakan juara dalam TVET yang berada di seluruh jabatan kerajaan dan swasta. Kami menghasilkan graduan terbaik kepada pihak industri daripada pensyarah yang terbaik," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz menasihatkan peniaga dan pengguna di Perak untuk menyesuaikan diri dengan larangan penggunaan straw minuman plastik walaupun kerajaan negeri tidak bercadang untuk melaksanakan larangan itu dalam masa terdekat.

“Ia memerlukan perbincangan dan perincian mendalam dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Jika dibuat secara tidak terancang ia boleh menimbulkan kekeliruan dan akan menyusahkan pihak peniaga dan pengguna.

"Tetapi saya nak tegaskan ia bukan bermakna kami tidak tegas atau komited cuma untuk memahami sesuatu polisi itu memerlukan masa dan kami juga takut bila kami umum tetapi tiada penguatkuasaan tidak guna juga," katanya. - Bernama.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...