> PERAK > Dua program terbaharu USAS, salah satu turut tawar pakej umrah sebanyak tiga kali
Dua program terbaharu USAS, salah satu turut tawar pakej umrah sebanyak tiga kali
HAFISZULLAH MAAROF, USAS Selasa | 19 Mac 2019

KUALA KANGSAR – Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) menerusi Jabatan Pengurusan Masjid Raja Permaisuri Bainun, USAS menawarkan dua program terbaharu kepada masyarakat iaitu Program Persijilan Kemahiran Malaysia – Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3 dan Program Al-Haramain As-Sharifain.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Pentadbiran dan Kewangan). Tuan Haji Anas Md Yusof bertempat di kampus USAS.

Dalam ucapannya, beliau berharap agar kedua-dua program ini dapat mengembangkan segala potensi yang terdapat di universiti ini untuk dicurahkan kepada masyarakat selaras visi, misi dan moto universiti iaitu “Rahmatan Lil ‘Alamin”.

Haji Anas (tengah) diiringi Muhamad Anuar (dua, kiri), Adnan (kiri), Zulkifli (kanan) dan Roslan (dua, kanan) ketika melancarkan dua program tersebut. (FOTO USAS)
"Kedua-dua program tersebut dikendalikan sepenuhnya di bawah Jabatan Pengurusan Masjid Raja Permaisuri Bainun, USAS. Antara kelebihan Program Persijilan Kemahiran Malaysia – Bidang Pengurusan Masjid ini ialah kurikulum persijilan ini dijalankan secara amali sepenuhnya iaitu tanpa perlu menghadiri kelas, sijil ini dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan sijil ini diiktiraf Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang akan menjadi nilai tambah kepada pihak yang berkaitan dengan kerjaya pengurusan masjid. Yuran pendaftaran program ini adalah RM1,000," tambahnya.
Program Al-Haramain As-Sharifain pula menawarkan pakej kepada peserta untuk melakukan umrah sebanyak tiga kali, mengikuti pengajian ilmu di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi, berpeluang untuk mendapat Sijil Syahadah Tahfiz (bagi huffaz 30 juzuk) atau Sijil Halaqah Al-Quran (bukan tahfiz) dan bertalaqqi Al-Quran di Masjidil Haram dengan tenaga pengajar yang dilantik oleh pihak berkuasa masjid tersebut. Kedua-dua sijil tersebut juga dikeluarkan pihak berkuasa Masjidil Haram.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri 1,000 orang yang terdiri daripada mahasiswa USAS dan masyarakat setempat. Turut hadir ialah Tuan Haji Zamri bin Hashim (Timbalan Mufti Perak), Ustaz Muhamad Anuar Basir (Ketua Jabatan Pengurusan Masjid), Ustaz Adnan bin Abdul Rahman (Ketua Unit Pengurusan Masjid dan Surau Daerah Kuala Kangsar), Encik Nazrul Azlan bin Abdul Samat (Dekan Hal Ehwal Pelajar), Haji Roslan Mohd Saad (Pengurus Akademi Pengurusan Masjid) dan Haji Zulkifli Esa (CEO Al-Fikrah Group).

Tetamu jemputan bergambar kenang-kenangan selepas mendengar Forum Perdana yang dibarisi Haji Zamri dan Prof. Dr. Jamil Hashim selaku ahli panel. (FOTO USAS)

Bagi orang ramai yang berminat untuk mengikuti kedua-dua program tersebut boleh berurusan di Jabatan Pengurusan Masjid Raja Permaisuri Bainun, USAS atau hubungi urusetia program di talian 013-2560921 (Ustaz Anuar) atau 012-4270318 (Muhammad Amirul).


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...