> AKTIVITY MPP > Siapa sangka program KHAT 13 mampu anjur aktiviti peringkat kebangsaan dan antarabangsa
Siapa sangka program KHAT 13 mampu anjur aktiviti peringkat kebangsaan dan antarabangsa
WARTAWAN KAMPUS UOLS Selasa | 19 Mac 2019

TANJUNG MALIM - Karnival Hari Terbuka Kolej Harun Aminurrashid kali ke 13 (KHAT 13), telah tamat dengan jayanya dengan pelbagai pengisian yang menarik sepanjang 5 hari penganjurannya.

Program ini merupakan satu cabaran yang disahut oleh Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meneruskan wadah kepimpinan cemerlang dalam menonjolkan kebolehan dalam menganjurkan sesebuah program berimpak tinggi.

Menurut Pengarah Program, Muhammad Mirza Sharkawi berkata, karnival yang dilaksanakan pada kali ini merupakan antara program berskala besar yang melibatkan sumbangan dan penajaan di luar jangkaan.

Ahli jawatankuasa Kolej Harun Aminurrashid membantu Karnival Hari Terbuka KHAT 13.
"Selain itu juga, penyertaan dari dalam dan luar negara serta kerjasama dari pihak kerajaan mahupun swasta dimana dapat dilihat bahawa program ini bukan sahaja dapat menjana idea yang kreatif dan inovatif dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat malah mampu menjana pendapatan yang lumayan.
"Program sebegini mampu untuk menyediakan mahasiswa dan mahasiswi serta masyarakat yang berdaya saing di peringkat global," katanya.

Dengan moto program ”Merintis Modenisasi Realisasi Impian”, penganjurannya buat kali ke 13 ini membawa tarikannya yang tersendiri apabila berjaya menampilkan kelainan dengan penganjuran program-program di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Antaranya termasuklah dalam aspek kerohanian, kebudayaan, keusahawanan, kesukanan dan pengucapan awam seperti Deruan Irama Budaya, Al-Aqsa Dalam Bahaya, Pesta Pantun Piala Gustam Negara, Kejohanan Bola Jaring Antarabangsa UPSI Kali Ke-4, Kejohanan Frisbee Ultimate Terbuka UPSI kali pertama serta penuh dengan pengisian yang bermanfaat.

Gimik perasmian KHAT 13.

Dalam majlis perasmian penutupan karnival itu, Exco Kerajaan Negeri, Dr. Abdul Aziz Bari turut merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menjadikan Hari Terbuka Kolej itu sebagai satu platform untuk mendidik mahasiswa yang mampu mengendalikan sesebuah program berskala besar dan mampu melahirkan pemimpin yang berkaliber untuk negara pada masa hadapan.

Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah, Timbalan Naib Canselor HEPA, UPSI, Prof. Madya Dr. Md Amin Md Taff, Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, Dr. Che Anuar Che Abdullah (Pengetua KHAR) dan barisan pengurusan tertinggi universiti.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...