> AKTIVITY MPP > Kali pertama diadakan, 14 pasukan berentap dalam UPSI Ultimate Frisbee Open 2019
Kali pertama diadakan, 14 pasukan berentap dalam UPSI Ultimate Frisbee Open 2019
WARTAWAN KAMPUS UOLS Selasa | 19 Mac 2019

PROTON CITY – Seramai 14 buah pasukan dari seluruh negara mengambil bahagian dalam kejohanan 1st UPSI Ultimate Frisbee Open 2019 yang berlangsung selama dua hari itu bertempat di Padang Istiadat, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pengarah Program Azamudin Azizan berkata, sukan Frisbee yang mula berkembang pada lewat tahun 60-an di Amerika Syarikat itu mula bertapak di Malaysia sejak tahun 2000 dan kini telah mendapat tempat di kalangan pelajar sekolah dan universiti seluruh negara.

Antara pasukan yang terlibat dalam 1st UPSI Ultimate Frisbee Open 2019.

Katanya, program1st UPSI Ultimate Frisbee Open 2019 yang dianjurkan turut mendapat perhatian daripada Orang Besar Jajahan Mu’allim, Toh Paduka Setia Datuk Ir. Dr. Safry Kamal Ahmad, Adun Behrang, Aminuddin Zulkipli dan Timbalan Naib Canselor UPSI, Prof. Madya Dr. Md Amin Md Taff yang sudi turun padang menyokong penganjuran kejohanan itu.

Antara aksi peserta yang berjaya dirakam ketika 1st UPSI Ultimate Frisbee Open 2019.
"Penganjuran kali pertama ini mendapat sambutan luar biasa daripada pasukan luar yang mahu menyertai namun ia dihadkan kepada 14 pasukan sahaja memandangkan beberapa kekangan gerak kerja dan tenaga kerja yang kurang.
"Namun begitu, saya menyahut cabaran daripada Dr Md Amin yang mahukan kejohanan itu dipertandingkan di peringkat antarabangsa untuk kejohanan seterusnya malah ahli jawatankuasa juga komited untuk melaksanakan persiapan awal dan bersedia menjadi penganjur kejohanan itu sekali lagi pada masa hadapan," katanya.

Dalam pada itu, Azamudin berkata, kejohanan itu turut menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM3,700.00 dan majlis penyerahan hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh penasihat kejohanan, Norrulkamari Daud kepada para pemenang.

Antara aksi berjaya dirakam ketika 1st UPSI Ultimate Frisbee Open 2019 berjalan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...