> PERAK > "PUO adalah gedung utama lahirkan juara dalam bidang TVET..." - Dr Zairon
"PUO adalah gedung utama lahirkan juara dalam bidang TVET..." - Dr Zairon
WARTAWAN SINAR HARIAN Rabu | 20 Mac 2019

IPOH - Seramai 70,000 alumni dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Politeknik Ungku Omar wajar diklasifikasikan sebagai medan untuk lahirkan graduan TVET (Home Of TVET Champion).

Pengarah PUO, Dr Zairon Mustapha berkata, kesemua graduan TVET berkenaan kini berada di seluruh jabatan kerajaan serta swasta dan ada di antaranya yang memegang jawatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), di syarikat masing-masing.

Menurutnya, graduan TVET ini diharap dapat membantu jadikan negara ini lebih baik pada masa akan datang.

“PUO adalah gedung atau kilang utama lahirkan juara dalam bidang TVET. Inilah rumah utama untuk lahirkan juara dalam bidang TVET dan itulah yang kita terapkan kepada pelajar supaya semangat, nilai jati diri pelajar kita semakin bertambah.

“Kita nak lahirkan pelajar yang mempunyai jati diri tinggi, keupayaan teknikalnya tinggi. Jadi itu sebab saya kata kita adalah juara, kita adalah nombor satu dalam bidang TVET. Itulah yang kita buat di sini,” katanya.

DR ZAIRON

Dr Zairon berkata demikian pada sidang media sempena Karnival Kerjaya PUO - Perkeso sempena sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia di Dewan Jubli Perak, PUO, kelmarin.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Negeri, Dr Abdul Aziz Bari yang sekali gus menyempurnakan perasmian karnival berkenaan.

Difahamkan 36 syarikat menyertai karnival berkenaan dengan tawarkan 1,500 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang sempena karnival yang berlangsung 18 hingga 19 Mac ini.

Sementara itu Zairon berkata, karnival berkenaan sebenarnya terbuka kepada orang ramai khususnya pelajar mahu pun graduan yang masih mencari peluang-peluang pekerjaan.

“Di PUO, kita buat sesuatu bukan untuk pelajar kita, tetapi kita sokong usaha kerajaan negeri untuk pastikan rakyat Perak mendapat peluang pekerjaan dan sebab itulah kami menjemput pelajar-pelajar dari universiti ke PUO untuk dapatkan maklumat mengenai peluang-peluang pekerjaan.

“PUO ditubuhkan untuk komuniti setempat. Apa sahaja yang boleh kita bantu kita tawarkan di PUO. Bukan sahaja sepenuh masa tetapi juga untuk pengajian separuh masa khususnya dalam bidang TVET,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...