> EVENT > Majlis makan malam rai pelajar tahun akhir, serah sumbangan untuk kanak-kanak autisme
Majlis makan malam rai pelajar tahun akhir, serah sumbangan untuk kanak-kanak autisme
SITI FATIMAH ABDULLAH Rabu | 20 Mac 2019

Persatuan Mahasiswa Undang-Undang (LAWSOC), Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan ke-12 pada 22 Mac 2019 di Vimal Grand Hall, Alor Setar.

Bertemakan ‘Helping Lives Bloom: Paradise Awaits’, majlis ini merupakan inisiatif LAWSOC bagi meraikan mahasiswa undang-undang tahun akhir UUM serta mewujudkan kesedaran kepada mahasiswa mengenai kanak-kanak autisme.

Perasmian Majlis Makan Malam Tahunan ke-12 akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

LAWSOC UUM juga akan menyampaikan kutipan sumbangan untuk kanak-kanak autisme kepada Persatuan Kanak-Kanak Autisme Malaysia (NASOM).

Sumbangan ini merupakan hasil kutipan daripada para pelajar dan juga kakitangan UUM untuk diberikan kepada NASOM bagi membantu kanak-kanak yang memerlukan.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melakukannya melalui akaun MAYBANK berikut: 151267198094.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...