> UPM bangunkan inovasi dalam bidang pertanian
UPM bangunkan inovasi dalam bidang pertanian
BERNAMA Khamis | 21 Mac 2019

SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membangunkan inovasi pertanian yang dikenali sebagai 'A Retractable Drying and Planting Rack for AgroPhotovoltaics Farm’ yang dapat memanfaatkan ruang yang tidak digunakan di ladang solar fotovolta (PV) untuk tujuan pertanian.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan UPM, Dr Mohammad Effendy Ya’acob, yang mengetuai kumpulan penyelidik bagi inovasi itu berkata inovasi itu juga bertujuan meminimumkan risiko keselamatan semasa aktiviti pertanian terutama apabila bekerja di bawah struktur PV.

“Semua ladang solar PV boleh menggunakan inovasi ini untuk tujuan pertanian di samping dapat menjimatkan masa, tenaga, risiko kesihatan dan kos buruh," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pameran Sistem Hibrid AgriVoltaic (HAVs) di sini hari ini. Ia dilancarkan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munira Majilis.

AgriVoltaic adalah pembangunan sesebuah kawasan sebagai ladang solar PV untuk menjana tenaga elektrik bersama dengan tanaman bagi tujuan pertanian.

Menurut Mohammad Effendy, hanya tanaman tertentu seperti misai kucing yang sesuai digunakan untuk tujuan pertanian bagi memastikan tiada gangguan terhadap penghasilan elektrik oleh penjana PV.

“Struktur PV secara relatif menjadi penghadang cahaya yang mana dapat melindungi tanaman dari kesan buruk perubahan iklim seperti kekeringan, ribut dan hujan lebat,” katanya, sambil menambah proses serapan haba oleh tumbuhan hijau juga dapat mengurangkan suhu sel PV selain meningkatkan penjanaan tenaga elektrik secara efisien.

Ditanya apakah faktor pendorong dalam menghasilkan inovasi itu, Mohammad Effendy berkata teknologi yang dibangunkan sejak 2015 itu dapat menyelesaikan masalah kekurangan sumber tanah untuk menanam tanaman herba khususnya di kawasan bandar.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengenal pasti satu ladang solar PV seluas tiga hektar untuk tanaman misai kucing dan dijangka dapat memberi pendapatan sebanyak RM500,000 setahun.

Pada majlis itu juga, Isnaraissah Munira turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara syarikat Pekat Sdn Bhd dan UPM bagi membangunkan struktur Retractable PV dengan dana projek sebanyak RM60,000. - Bernama.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...