> > Inilah peluang pelajar ASWARA mohon Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah...
Inilah peluang pelajar ASWARA mohon Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah...
MELLY TAN, ASWARA Khamis | 21 Mac 2019

KUALA LUMPUR – Prihatin kepada yang kurang berkemampuan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah menawarkan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah ASWARA kepada pelajar-pelajar Tahun 1, 2 dan 3 yang berkelayakan bagi membiayai yuran pembelajaran mereka di peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Pinjaman ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pelajar dan mempertingkatkan motivasi pembelajaran kepada para pelajar serta menghargai mereka yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Pelajar yang ingin memohon pinjaman ini perlu memperoleh HPNG 2.00 bagi keputusan peperiksaan semasa pengajian (kecuali pelajar tahun 1) dan pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 serta tidak menerima sebarang pinjaman daripada pihak lain.
Sesi bergambar bersama 27 orang pelajar yang mendapat surat tawaran pinjaman. (FOTO ASWARA)

Bagi Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah ASWARA tahun 2019, Jawatankuasa Pinjaman Pendidikan ASWARA telah meluluskan peruntukan pinjaman sebanyak RM266,000 bagi 27 orang pelajar bagi kumpulan 2.

Surat tawaran pinjaman telah diserahkan kepada para pelajar dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang baru-baru ini yang disampaikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar ASWARA, YM Raja Nor Sheela Raja Aziddin di Dewan Orkestra ASWARA.

Raja Nor Sheela menyerahkan surat tawaran Pinjaman Boleh Ubah kepada Karen Khaw Phaik Ean, pelajar Diploma (Muzik) Tahun 1 di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sesi Akademik 20

ASWARA pernah menawarkan pinjaman ini kepada 17 orang pelajar bagi kumpulan 1 pada tahun 2018.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...