> PERAK > WCE tawar lebih 200 jawatan untuk lulusan SPM hingga ijazah
WCE tawar lebih 200 jawatan untuk lulusan SPM hingga ijazah
NORMAWATI ADNAN Jumaat | 22 Mac 2019

IPOH - Projek jajaran Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang dibuka secara berperingkat bermula Mei ini menawarkan lebih 200 penjawatan untuk mereka yang layak daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga peringkat ijazah.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri, Howard Lee Chuan How berkata, penduduk tempatan diberi keutamaan untuk mengisi tawaran kerja berkenaan antaranya pegawai perkhidmatan pelanggan, penyelia, eksekutif, juruteknik dan pengawal trafik.

Menurutnya, bagi peringkat permulaan, kerajaan negeri menerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak) bertanggungjawab untuk mengenalpasti individu berkelayakan dan akan menjalankan tiga sesi temuduga bermula esok (hari ini) hingga Ahad.

“Untuk peringkat awal ini kita adakan sesi temuduga terbuka untuk mengisi 120 jawatan terlebih dahulu, tawaran pekerjaan ini bagaimanapun akan meningkat kepada 220 jawatan sebaik jajaran beroperasi sepenuhnya.

“Keutamaan kita berikan kepada penduduk tempatan terutamanya golongan belia, mereka bolehlah hadir ke lokasi sesi temuduga ditetapkan iaitu di Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) pada esok; Dewan Indera-wati Beruas (Sabtu) dan Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Manjung (Ahad),” katanya kepada media, di sini, semalam.

Beliau berkata, selain gaji pokok, WCE turut menawarkan pakej saraan yang menarik termasuklah elaun shif dan kerja lebih masa, perubatan serta insurans.

“Mereka yang terpilih ini juga mempunyai peluang mengembangkan kerjaya mereka dengan menjalani latihan dalaman dan luaran dalam bidang disediakan,” katanya

Jajaran Lebuhraya WCE ini merentasi Selangor dan Perak sepanjang 233km dengan di Selangor bermula dari Jalan Banting - KLIA (B18) hingga Persimpangan Bertingkat Tanjong Karang sepanjang 93.8km manakala di Perak bermula dari Jalan Persekutuan (FR5) di Hutan Melintang ke Plaza Tol Changkat Jering sepanjang 139.2km.

Jajaran Lebuhraya WCE di Perak mempunyai empat Seksyen iaitu Seksyen 8 (persimpangan Hutan Melintang-Teluk Intan), Seksyen 9 (persimpangan Lekir-Changkat Cer-min), Seksyen 10 (persimpangan Changkat Cermin-Beruas) dan Seksyen 11 (persimpangan Beruas-Taiping Selatan).

Tiga seksyen di Perak iaitu Seksyen 8, 9 dan 10 sedang di peringkat akhir penyiapan dan dijangka dibuka secara berperingkat hujung Mei ini sementara seksyen lain dibuka apabila siap kelak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) kini sedang merangka pertumbuhan baharu yang boleh membantu menjana ekonomi masyarakat setempat di sepanjang jajaran berkenaan.

“Dari segi pembangunan, kita perlu lihat kesan jangka masa panjang kerana selain peluang pekerjaan, pelaksanaan projek ini juga mampu meningkatkan nilai hartanah dan limpahan pembangunan untuk rakyat Perak,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...