> SUKIPT > FKP USIM muncul Juara SUFA 2019, tamatkan penantian selama 13 tahun!
FKP USIM muncul Juara SUFA 2019, tamatkan penantian selama 13 tahun!
NOORUMAINA MOHAMED YUNUS Jumaat | 22 Mac 2019

Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan(FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tamatkan penantian selepas 13 tahun apabila muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Sukan antara Fakulti (SUFA) 2019 yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM. Turut menyaksikan perlawanan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof. Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani dan Ahli Lembaga Pengarah Ustaz Mohd Hariri Mohammad Daud.

Perlawanan sengit ini menyaksikan FKP menumpaskan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) 1-0 hasil jaringan Muhd Amin Asraff Abd Aziz pada minit ke 28.

Al Imran Azmi, penyelaras sukan juga selaku pengurus bagi pasukan bola sepak FKP berkata, kali terakhir FKP mendapat pingat emas bola sepak SUFA adalah pada tahun 2006. Namun, FKP pernah bergelar Juara Liga Bola Sepak Fakulti Piala Naib Canselor pada tahun 2013 dan memenangi pingat gangsa bola sepak SUFA 2017.

Menurut beliau, persiapan pasukan ini bermula dengan sesi pemilihan pemain yang berbakat bagi mewakili FKP pada kejohanan SUFA kali ini. Setelah pada itu baru lah pasukan FKP dibentuk dengan menjalani sesi latihan 4 kali seminggu dan mengadakan beberapa sesi perlawanan persahabatan bagi memantapkan pasukan dan meningkatkan persefahaman di antara pemain-pemain.

SUFA 2019 ini berlangsung selama dua minggu bermula 6 hingga 20 Mac 2019 dengan menyaksikan 15 acara sukan yang dipertandingkan antaranya futsal, bola tampar, badminton, petanque, memanah dan bola baling.

Perasmian SUFA dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof. Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani. Turut hadir Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama Dr Nurkhamimi Zainuddin dan Timbalan Dekan FPQS Dr Ahmed Kamel Mohamed.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...