> Tip elak bersahabat dengan ‘musang berbulu ayam’, kalau tak nak diri merana!
Tip elak bersahabat dengan ‘musang berbulu ayam’, kalau tak nak diri merana!
WARTAWAN KAMPUS UOLS Selasa | 26 Mac 2019

Sahabat yang suka menganiaya sahabatnya sendiri ibarat seperti musang berbulu ayam, kelihatan baik di luar tetapi ada niat jahat di dalam hatinya. Sahabat begini sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Berikut beberapa tip dan cara untuk menangani sahabat yang mempunyai ciri-ciri seperti musang berbulu ayam. Semoga bermanfaat untuk kamu!

1. Si manipulatif
Selalunya sahabat begini suka menggunakan kamu sebagai objek untuk kepentingan mereka. Mereka akan gunakan kamu terutama ketika dilanda masalah dengan tujuan untuk meraih bantuan. Apabila kamu meminta bantuan daripada mereka, langsung tidak diendahkan! Pelbagai alasan diberikan. Silap-silap kamu yang akan ditinggalkan. Sungguh tak adil kan!

Cara menangani

Memberi pertolongan pada orang lain biarlah berpada-pada. Tidak salah untuk menolong, tapi jangan sampai ada yang mengambil kesempatan atas kebaikan kamu.

2. Malas
Tidak bagus sebenarnya bersahabat dengan mereka yang malas. Ini kerana ia boleh mempengaruhi peribadi kamu. Perhatikan dahulu lagak sahabatmu itu. Jika dia suka melengah-lengahkan kerja, tugasan pun buat pada saat-saat akhir, elok jauhkan diri daripada sahabat begini.

Cara menangani

Sikap ini tidak bagus bagi kamu yang sedang belajar atau sudah bekerja. Percayalah, kamu akan hilang banyak perkara positif berkaitan pembelajaran atau pekerjaan. Bersahabat dengan mereka yang rajin kerana aura positif akan turut mengalir dalam diri kamu.

3. Hipokrit
Sahabat seperti talam dua muka, perlu kamu elak! Depan kamu baik, tapi di belakang suka mengutuk. Elok jauhkan diri dari bersahabat yang memiliki sikap begini. Bimbang boleh merosakkan peribadi kamu.

Cara menangani

Elok jauhkan diri sahaja daripada sahabat begini. Lagi pula sahabat begini langsung tidak membawa manfaat. Buang masa. Selalunya sahabat begini tertanam rasa iri hati melihat kelebihan yang kamu miliki.

4. Panjang tangan
Ini paling bahaya. Kepercayaan yang diberikan oleh kamu dikhianati. Kalau sudah banyak barang-barang kamu telah diambilnya, elok tinggalkan sahaja. Lama-lama boleh pokai kamu dibuatnya.

Cara menangani

Tak ada ruginya kamu tidak bersahabat dengan orang begini. Kamu boleh cari sahabat yang lain, asalkan kamu lebih berhati-hati.

5. Suka bersosial
Bukan tidak boleh melepak atau bersosial dengan rakan-rakan, tetapi kalau sampaikan mengabaikan pelajaran, itu sudah melampaui batas. Perkara begini sudah tentu akan menjejaskan pengajian kamu kerana ia boleh membuatkan kamu hanyut dalam arus negatif.

Cara menangani

Sebaiknya cuba nasihatkan kawan kamu untuk berubah dan jika tidak berkesan, lebih baik kamu angkat kaki. Kamu berhak dapat sahabat yang lebih baik!


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...