> > Meremang rasa! Orang kampung pernah nampak 'sekumpulan lelaki dan wanita' naik ke bukit bawa obor...
Meremang rasa! Orang kampung pernah nampak 'sekumpulan lelaki dan wanita' naik ke bukit bawa obor...
NORMAWATI ADNAN Rabu | 27 Mac 2019

GOPENG - Penduduk kampung berharap sebarang penganjuran aktiviti rekreasi di Gopeng terutama melibatkan laluan sungai dan bukit dimaklumkan terlebih dahulu kepada komuniti setempat.

Penduduk, Johari Lukar, 64, berkata, makluman itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak risiko bahaya sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

"Eloklah kalau bekerjasama dengan orang kampung sebab mereka lebih arif dengan jalan dan laluan di situ. Kalau tidak nanti jadilah kes seperti hilang atau sesat," katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau yang berpengalaman dalam aktiviti pendakian dan rekreasi turut serta dalam misi pencarian Mohammad Ashraf Hassan, 29, peserta Gopeng Ultra Trail yang dilaporkan hilang ketika menyertai larian itu, Sabtu lalu.

Johari (kanan) menunjukkan peta laluan Gopeng Ultra. Mohamad Ashraf (kiri).

Menurutnya, laluan check point 6 hingga 10 sepanjang 10km iaitu lokasi dipercayai mangsa hilang merupakan kawasan kebun kelapa sawit, hutan kecil diikuti tebing Sungai Kampar dan Bukit Batu Putih.

"Aktiviti macam ni biasa dibuat di sini. Kalau ada orang sesat atau hilang di puncak bukit pun mesti dapat jumpa dalam hari yang sama, tak pernah lagi sampai berhari-hari seperti ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kehilangan Ashraf tiada petunjuk baru, hanya botol air milik mangsa ditemui...

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik! Ashraf peserta 10 teratas, disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat

ARTIKEL BERKAITAN:"Mana la kau Ashraff?" Ada andaian netizen kaitkan kehilangannya dengan makhluk halus

Dia bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kehilangan Mohammad Ashraf ada kaitan dengan unsur mistik.

Muhammad Ashraf dikesan dalam vidoe yang dimuatnaik di laman Facebook Gopeng Ultra. Foto: Facebook Gopeng Ultra.
"Orang kampung tahu di atas itu 'kampung mereka', ada yang pernah nampak sekumpulan lelaki dan wanita naik ke bukit bawa obor.
"Apa pun sebagai penduduk kampung kita bantu sehabis baik menggunakan pelbagai cara sampai jumpa mangsa," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat yang masuk hari keempat, hari ini masih belum menemui sebarang petunjuk akan kehilangan mangsa.

Selain bomba, operasi mencari turut melibatkan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela, Pasukan Gerakan Am (PGA), Rejimen Renjer DiRaja (singkatan RRD), penduduk kampung dan kumpulan pendaki.

Operasi pencarian yang dilakukan anggota bomba di kawasan puncak Bukit Batu Putih.

Juruteknologi makmal perubatan di Pejabat Kesihatan Muar itu disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas bagi kategori 25km.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...