> TERENGGANU > Jawatankuasa Ketua Pustakawan UA anjur Bengkel Hala Tuju Perpustakaan Universiti Awam
Jawatankuasa Ketua Pustakawan UA anjur Bengkel Hala Tuju Perpustakaan Universiti Awam
ALFARABIE, PTAR UiTM SHAH ALAM Rabu | 27 Mac 2019

KUALA NERUS - Bengkel Hala Tuju Perpustakaan Universiti Awam / 24-27 Mac 2019 / Ruang Pembelajaran Kolaboratif, Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu Bengkel Hala Tuju Perpustakaan Universiti Awam yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam bertujuan untuk menghasilkan input dan ouput transfomasi yang jelas selari dengan perubahan lanskap Pendidikan Tinggi negara.

Ia juga bertujuan untuk menghasilkan perancangan sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan berdasarkan teknologi dan inovasi yang dapat mewujudkan konsep perpustakaan yang lebih dinamik.

Selaras dengan Amanat Tahun Baharu Menteri Pendidikan 2019 iaitu menjadikan Perpustakaan sebagai gedung ilmu yang paling luas dan tidak berpenghujung, maka sistem perhubungan antara perpustakaan seluruh universiti akan ditambahbaik.

Di samping itu, bengkel ini adalah untuk memperkasakan peranan perpustakaan dengan mengenal pasti fungsi perpustakaan yang perlu dikekalkan, ditiadakan atau dipertingkatkan agar terus berdaya saing seiring dengan trend global.

Pihak penganjur turut mengundang Ketua Pusat Sitasi Malaysia, Prof. Madya Dr. Zuraidah Abd. Manaf bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Anticipating Future Challenges’ sebagai pengisian dalam bengkel tersebut.

Bengkel ini melibatkan semua Ketua Pustakawan Universiti Awam.

#Malaysiamembaca

#[email protected]


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...