> SUKIPT > Politeknik Merlimau kongsi kepakaran sukan ragbi di Indonesia
Politeknik Merlimau kongsi kepakaran sukan ragbi di Indonesia
ROZER MASUDIN, PMM Jumaat | 29 Mac 2019

JAKARTA – Politeknik Merlimau yang merupakan Pusat Kecemerlangan Sukan Ragbi Politeknik Malaysia sekali lagi meneruskan momentum kecemerlangan apabila berkongsi kepakaran pembangunan sukan ragbi bersama Universitas Negeri Jakarta (UNJ), Jakarta Indonesia.

Menurut Pengurus Pasukan Ragbi Politeknik Malaysia, Sharifuddin Mohd Yusof, objektif kehadiran barisan pengurusan dan jurulatih ragbi Politeknik Malaysia bagi memenuhi jemputan pihak UNJ dalam perkongsian ilmu mengenai pembangunan sukan ragbi terutama bagi aspek akar umbi.

Mohd Shafie (jurulatih pasukan) memberi ilmu berkaitan sukan ragbi kepada para pemain UNJ.

“Saya di sini hadir bersama jurulatih pasukan Mohd Shafie Osman serta bersama dua pemain import Fiji atas jemputan pihak UNJ dan saya melihat perkara ini amat bagus bagi bertukar pandangan dan kepakaran dalam bidang ragbi.

“UNJ juga antara pasukan yang selalu menyertai kejohanan anjuran Politeknik Malaysia yang mana kita melihat pemain mereka sangat berkualiti. Oleh itu, kami mengambil peluang bagi sesi perkongsian ilmu melalui program rugby coaching clinic kepada para pemain dan barisan kejurulatihan UNJ,” ujarnya ketika ditemui selepas pertemuan terbabit.

Sharifuddin berkongsi ilmu bersama pasukan Ragbi UNJ di Jakarta baru-baru ini.

Menurut Pak Iswahyudi pula yang merupakan Pengurus Pasukan Ragbi UNJ, beliau amat kagum melihat perkembangan ragbi di Politeknik Malaysia yang berpusat di Politeknik Merlimau atas prestasi memberangsangkan setiap tahun.

“Saya amat menyanjungi pasukan ragbi Politeknik kerana sentiasa cemerlang dalam kancah Liga Ragbi Malaysia walaupun pada hakikatnya politeknik tidak ada menawarkan pengajian dalam bidang sukan sekali pun,” ujar beliau.

Antara agenda yang telah dibincangkan ialah mengenai perjanjian usaha sama yang mungkin boleh dimeterai antara kedua pihak sekali gus membuka jalan bagi pelbagai jalinan kerjasama di masa hadapan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...