> Sahut cabaran kali ketiga, mahasiswa UTeM pamer kepakaran cipta AUV di peringkat antarabangsa
Sahut cabaran kali ketiga, mahasiswa UTeM pamer kepakaran cipta AUV di peringkat antarabangsa

MAHASISWA Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) turut mempamerkan kepakaran di peringkat antarabangsa menerusi pusingan akhir Singapore Autonomous Underwater Vehicle Challenge 2019 (SAUVC 2019) yang berlangsung di Politeknik Singapura, baru-baru ini.

Program SAUVC yang memasuki tahun ke-6 merupakan anjuran Persatuan Kejuruteraan Lautan Singapura, Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Singapura dan Politeknik Singapura yang mana untuk sesi kali ini, ia merupakan penyertaan kali ketiga UTeM.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM, Prof. Dr Zulkifilie Ibrahim berkata, salah satu dari pasukan Kenderaan Bawah Permukaan Air Autonomi (AUV), AUV Panther dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah pun menjalani latihan dengan menyertai pertandingan kenderaan bawah air autonomi peringkat kebangsaan pada Disember tahun lalu di Kolej Yayasan Saad, Melaka, sebagai persiapan dalam menghadapi cabaran di peringkat antarabangsa ini.

AUV UTeM sebelum pertandingan dimulakan. (FOTO UTEM)
Jelasnya, hasil daripada konsep ilmu dan kepakaran yang diperoleh membolehkan mereka mempraktikkan sepenuhnya pengetahuan dalam penghasilan robot ini terutamanya menerusi bidang reka bentuk mekanikal, elektrik, elektronik dan juga perisian komputer.
“Tahniah kepada pasukan UTeM yang terlibat dalam mempamerkan kepakaran dan pengetahuan dalam cabaran ini di peringkat antarabangsa dan boleh diteruskan pada masa yang akan datang untuk memupuk semangat berdaya saing, setia kawan dan nasionalisme dalam kalangan mahasiswa UTeM,” ujarnya.
AUV UTeM sedang dimodifikasi saat akhir sebelum pertandingan bermula. (FOTO UTEM)

Menurut Penyelaras Pasukan UTeM, Dr. Mohd Khairi Mohamed Nor dalam ulasannya menyatakan bahawa, UTeM telah menghantar sebanyak tiga pasukan AUV yang terdiri daripada 16 orang mahasiswa dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) untuk bertanding di peringkat antarabangsa tersebut.

Katanya, peserta yang terlibat telah membuat persiapan lebih awal dengan membuat kajian dan pelbagai ujian ke atas robot mereka berdasarkan tugasan-tugasan khas diberi oleh penganjur.

“Pasukan yang terlibat telah mengubahsuai AUV mereka dengan cara tersendiri, dengan menggunakan teknologi terkini seperti penggunaan pencetak 3-D dan sistem kawalan menggunakan perisian dan pengawal mikro Arduino dan Raspberry Pi sehinggalah kepada penyediaan reka bentuk kerangka, fabrikasi pelampung serta pemasangan sistem elektrik dan elektronik AUV menggunakan bahan-bahan seperti panel komposit, akrilik, plat dan paip pvc kerana sifatnya yang ringan, kukuh dan kalis air,” jelasnya.
Salah satu pasukan UTeM yang bertanding, UTeM Panther. (FOTO UTEM)

SAUVC 2019 telah memfokuskan kepada kenderaan bawah permukaan air autonomi bila mana mahasiswa sendiri merasai cabaran kejuruteraan sistem AUV berdasarkan tugasan yang diberikan dan meluaskan pengetahuan dan mengaplikasikan kemahiran dalam bidang berkaitan kejuruteraan mekanikal, elektrik dan perisian.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...