> > 'Champion' TVET: PUO 50 tahun, mahu terus diiktiraf...
'Champion' TVET: PUO 50 tahun, mahu terus diiktiraf...
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI Khamis | 4 April 2019

IPOH - Politeknik Ungku Omar (PUO) ditubuhkan pada 1969 oleh Kementerian Pendidikan dengan bantuan dana RM24.5 juta di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Dinamakan sempena mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham Datuk Profesor Ungku Omar Ahmad dalam bidang perubatan, penubuhan PUO secara keseluruhannya bertujuan untuk memberikan latihan dalam bidang kejuruteraan kepada lulusan menengah yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengambilan pertama PUO pada 2 Jun 1969 hanya menyaksikan seramai 300 pelajar serta 28 pensyarah yang dibantu 14 sukarelawan dari Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.
Politeknik Ungku Omar pada tahun 1970-an.

Kini setelah 50 tahun penubuhannya, PUO berhasrat untuk terus diiktiraf selaku politeknik terunggul dalam semua bidang di negara ini.

Malah, hasrat berkenaan dilihat mampu direalisasikan kerana sehingga ke hari ini, PUO sudah memiliki seramai 75,000 graduan (alumni) yang rata-ratanya dari bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Dengan moto selaku ‘champions’ dalam bidang TVET atau Home of TVET Champions, PUO mahu terus mempertahankan status berkenaan.

Latihan amali yang dipraktikkan pelajar Diploma Kejuruteraan Perkapalan adalah sebahagian proses PdP bagi memperkasakan Pendidikan TVET dengan kemudahan lengkap dan terkini dibekalkan kementerian kelak.

Lahir pelajar berkualiti

Mengulas lanjut, Pengarah PUO Dr Zairon Mustapha berkata, kesemua program yang ditawarkan di PUO lebih menjurus untuk melahirkan pelajar yang berkualiti pada masa hadapan.

Malah menurutnya, kesemua pelajar PUO akan diberikan pendedahan sebanyak mungkin termasuk menghantar mereka (pelajar) ke luar negara.

“Kita hantar pelajar ke luar negara untuk buat tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan sertai pertandingan seperti pertandingan robotik di mana kita juara di peringkat dunia. Sampai ke tahap itulah kita sedia pelajar kita,” katanya.
ZAIRON

Yasin Hour sempena Jubli Emas ke-50

Dalam pada itu, Zairon berkata, sempena sambutan Jubli Emas ke-50 Politeknik Malaysia tahun ini, PUO telah merangka pelbagai program sejak awal tahun ini.

Katanya, antara program yang telah pun berlangsung adalah seperti Karnival Kerjaya PUO – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Dewan Jubli Perak PUO pada 18 Mac lalu.

“Karnival ini yang disertai 36 agensi itu turut menawarkan 1,500 peluang pekerjaan dan ia tidak hanya terhad kepada pelajar PUO semata-mata, tetapi turut dibuka kepada komuniti setempat.
“Ini diikuti dengan acara berbasikal sejauh 25 kilometer di sekitar Bandaraya Ipoh yang juga telah dilaksanakan dengan penyertaan 500 peserta, pada 23 Mac lalu,” katanya.

Selain itu, menurut Zairon, sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia kali ini juga akan diteruskan dengan program Yasin Hour yang dijadualkan serentak di seluruh negara pada 4 April ini.

Katanya, program berkenaan bakal melibatkan 50,000 penyertaan daripada pelajar serta kakitangan politeknik dan kolej komuniti seluruh negara pada hari berkenaan.

“Program ini bakal bermula pada jam 10 pagi dan tambah unik, kesemua peserta program akan membaca surah Yasin dengan hanya menggunakan aplikasi khas di telefon pintar masing-masing. Serentak di seluruh negara kita akan buat.
“Mengapa kita gunakan telefon pintar berbanding kaedah bacaan terus menggunakan surah Yasin itu sendiri? Sebab kita adalah TVET, sebab itu kita pergi kepada teknologi,” katanya.

Tambah Zairon, PUO juga akan menggunakan QR Code dalam usaha mengenal pasti jumlah sebenar peserta yang membaca Yasin bagi program berkenaan.

Sekali gus katanya, ia akan mencatatkan Malaysia Book Of Records yang sebelum ini mencatatkan sejumlah 23,000 peserta sempena Quran Hour.

“Kita akan gunakan QR Code untuk coding jumlah sebenar yang menyertai bacaan Yasin kali ini. Selain itu di PUO, kita juga tidak hanya akan laksanakan bacaan Yasin ini di satu tempat tertentu contohnya Dewan Jubli Perak sahaja, tetapi kita akan lakukan juga di 25 lokasi di sekitar PUO.
Bangunan pentadbiran Politeknik Ungku Omar.

“Sebagai contoh, pada 10 pagi itu ada kelas yang sedang berlangsung di PUO. Kelas berkenaan akan dihentikan seketika bagi memberi ruang untuk bacaan Yasin sekitar 15 minit,” katanya.

Menurut Zairon, PUO akan meneruskan sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia menerusi Karnival Sukan Majlis Sukan Politeknik Malaysia yang dijadualkan bermula pada 24 April.

Katanya, setakat ini pihaknya telah pun menerima sebanyak 2,000 penyertaan bagi karnival sukan berkenaan.

“Selain itu kita juga adakan Majlis Gala Dinner Alumni Politeknik Malaysia bersama alumni di [email protected] Meru pada 6 April. Dijangkakan 1,000 alumni Politeknik Malaysia akan menghadiri majlis makan malam berkenaan.

“Kita juga akan lancarkan dana Ungku Omar atau Ungku Omar Fund yang bertujuan untuk menampung kebajikan pelajar PUO,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...