> KELANTAN > UiTM Kelantan bantu 'grooming' mahasiswa sebelum ke alam kerja
UiTM Kelantan bantu 'grooming' mahasiswa sebelum ke alam kerja
WARTAWAN SINAR HARIAN Khamis | 4 April 2019

MACHANG - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan mengambil inisiatif mengadakan Program Kebolehpasaran Graduan dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JobsMalaysia) Kelantan.

Program itu bertujuan menyiapkan bakal graduan dengan maklumat-maklumat penting bagi membuat persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Ketua jawatankuasa pelaksana program, Prof Madya Dr Ghazali Osman berkata, menerusi program itu, peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian penting merangkumi jangkaan industri terhadap bakal graduan, teknik penyediaan resume yang betul, panduan permohonan dan pekerjaan.

“Tidak ketinggalan tip menghadapi temu duga, pemantapan personaliti atau grooming serta penekanan mengenai pemantapan komunikasi menerusi contoh temu duga yang diadakan.

“Perkongsian disampaikan oleh Pengurus JobsMalaysia Kelantan, Muhammad Aliff Ahmad Kamal dan Pegawai Kanan Sumber Manusia Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, Rosli Salim bagi sesi perkongsian industri serta peluang kerjaya,” katanya.

Program itu turut mendapat kerjasama Unit Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (PJIA) serta Unit Kerjaya dan Kaunseling Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Majlis perasmian program disempurnakan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Kelantan, Dr Shahsuzan Zakaria.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...