> PERAK > Kuasa tular! Bagasi pelajar hilang dalam bas ekspres berjaya ditemui hanya dengan tekan butang 'share'
Kuasa tular! Bagasi pelajar hilang dalam bas ekspres berjaya ditemui hanya dengan tekan butang 'share'
SYAIRAH ABDUL LAJIS Khamis | 4 April 2019

TAIPING - Jelas sekali kuasa viral atau tular media sosial sangat hebat dengan hanya menekan butang 'kongsi' pada laman tertentu ia boleh memberi impak kepada individu sama ada dari sudut positif mahupun negatif.

Baru-baru ini, seorang individu meminta netizen membantunya mencari sebuah bagasi yang hilang ketika menaiki sebuah bas ekspres dari KLIA ke Kamunting, Perak.

Namun setelah empat hari, akhirnya beg berkenaan ditemui gara-gara kuasa viral.

Solehin Ismail, 23, dari Taiping, menzahirkan syukur kerana beg itu berjaya ditemui semula setelah statusnya tular yang akhirnya dibaca oleh individu yang menyimpan beg berkenaan.

Difahamkan, insiden itu berlaku pada Ahad lalu jam 7 malam di Rehat dan Rawat (R&R) Juru.

Mahasiswa tahun akhir di University Grenoble Alpes, Perancis, berkata, beg seberat 10 kilogram itu telah dipindahkan ke dalam van dari bas sebelum dialihkan ke dalam sebuah lori oleh sebuah keluarga tidak dikenali untuk ke Butterworth Pulau Pinang.

Menyedari kehilangan begnya, dia telah menghubungi syarikat bas ekspres dan membuat laporan polis.

Bagaimanapun syarikat terbabit tidak memberi kerjasama malah memberi pelbagai alasan.

"Saya telefon enam kali pejabat utama syarikat berkenaan namun pihak itu tidak professional dalam menangani kes ini.
"Saya diminta berurusan dengan tujuh individu berbeza. Seolah-olah semuanya lepas tangan. Saya sendiri diminta telefon individu berlainan tersebut, sedangkan pekerja mereka yang tersilap memindahkan beg saya," luahnya yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Proses.

Solehin menyatakan beg itu amat penting buatnya kerana mengandungi semua dokumen penting, sijil asli persekolahan dan pengajian selain maklumat peribadi.

Bagaimanpun peristiwa malang itu berakhir apabila begnya telah berjaya ditemui.

"Saya menerima panggilan jam 9.30 malam tadi dari seorang individu dikenali Cik Siva mengatakan beg itu berada dengannya.
"Dia juga tidak sangka terdapat satu beg lain berada di dalam lorinya kerana kerja-kerja pemindahan beg dilakukan oleh pekerja syarikat bas," katanya mengambil beg itu di Bukit Mertajam.

Difahamkan, Siva juga berusaha menghubungi syarikat bas malah cuba menghubungi Solehin namun menemui jalan buntu.

"Dia terbaca status saya di Facebook Penang Kini.
"Alhamdulillah, memang sangat bersyukur beg itu berjaya ditemui. Terima kasih banyak kepada semua," katanya kepada Sinar Harian hari ini yang bakal menyambung pengajian di peringkat Sarjana.

Dalam pada itu, Solehin melanjutkan pengajian di Perancis kini berpengalaman merantau hampir 15 negara Eropah turut memberi cadangan kepada syarikat bas ekspres di Malaysia mengubah sistem pengangkutan kepada lebih efisien.

"Jika di Eropah, semua maklumat penumpang diambil seperti passport atau kad pengenalan, nombor telefon dan alamat rumah.
"Sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti kemalangan, kehilangan barang, penumpang sakit, terlepas bas atau ada kes jenayah, sekurang kurangnya mereka mempunyai maklumat penumpang yang lengkap.
"Lebih baik, jika kita menggunakan sistem tag seperti di Jepun. Hanya mereka yang sama tag sahaja boleh mengambil beg tersebut," katanya.

Beliau yakin Malaysia mampu menjadi negara dan rakyat maju dari segi pemikiran dan infrastruktur prasarana.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...