> > Penuntut hilang ditemukan lemas
Penuntut hilang ditemukan lemas
NOOR AINON MOHAMED YUSOF Isnin | 8 April 2019

SITIAWAN - Mayat penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kampus cawangan Institut Teknologi Kejuruteraan Marin (UNIKL - MIMET) yang hilang di Sungai Manjung di sini, kelmarin, ditemukan pada jam 12.50 tengah hari semalam.

Mayat pelajar UNIKL - MIMET, Muhammad Zaffan Baharuldin, 27, yang berasal dari Kepong, Kuala Lumpur itu timbul di permukaan air kira-kira 30 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.

Mayat mangsa yang timbul dibawa ke tebing untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa mandi di muara sungai terbabit sempat meminta tolong kepada rakannya yang berada di tebing sebelum tenggelam.

Mayat mangsa yang timbul dibawa ke tebing untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd Zaki Zainol berkata,penyelamat dijalankan lebih 17 jam itu melibatkan 32 anggota termasuk polis, polis marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Semalam, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dan menggunakan dua bot untuk membuat pencarian secara permukaan.
“Hari ini, operasi diteruskan dengan menggunakan khidmat lapan anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor dengan membuat selaman pada kedalaman empat meter di lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa yang lengkap berpakaian itu akhirnya timbul dan anggota bomba bertindak membawanya ke tebing untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat dan operasi tamat pada jam 1.30 petang,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...