> > Perlu sentiasa berkomunikasi elak percanggahan keperluan industri, institusi TVET
Perlu sentiasa berkomunikasi elak percanggahan keperluan industri, institusi TVET
NORMAWATI ADNAN Isnin | 8 April 2019

IPOH - Para pemain industri digesa sentiasa berkomunikasi dengan institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional Malaysia (TVET) berhubung keperluan tenaga kerja di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah itu bagi mengelak berlakunya percanggahan antara keperluan industri dan graduan yang dihasilkan.

Menurutnya, perkara itu juga selari dengan harapan kerajaan yang mahu melihat pihak industri terlibat lebih aktif supaya teknologi terkini dikongsi bersama politeknik.
“Sebelum ini pun sudah ada kerjasama seperti ini, cuma kita mahu beri penekanan yang lebih. Contohnya chef. Saya dimaklumkan ada yang dibawa hingga ke pertandingan di Rusia pada 2020 nanti dan mereka ini memang dicari oleh hotel-hotel,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 50 Tahun Jubli Emas Politeknik Malaysia di Politeknik Ungku Omar (PUO), semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching; Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPJKK), Profesor Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata, kerajaan pada masa kini berdepan cabaran menyelesaikan isu-isu berkaitan institusi TVET termasuk pertindihan yang merangkumi sistem pendidikan, pensijilan, kekangan dana serta ketidaktentuan nasib graduan.

Berdasarkan struktur sedia ada, terdapat enam kementerian melaksanakan pendidikan TVET mengikut sistem masing-masing iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lanjut waktu bekerja bagi industri berkaitan TVET


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...