> > Makan, memanah, bermain dengan haiwan? Idea lulusan diploma IKIP ini memang lain daripada biasa...
Makan, memanah, bermain dengan haiwan? Idea lulusan diploma IKIP ini memang lain daripada biasa...
ASMALIZA MANSOR Isnin | 8 April 2019

BENTONG - Menyajikan masakan barat mengikut trend dan selera semasa, Tanduk Cafe wajib dikunjungi ‘kaki makan’ yang mahu kelainan.

Nikmat menjamu selera di kafe hipster ini bukan sahaja pada kelazatan makanan, malah dekorasinya menarik. Tanduk Cafe di Lurah Bilut, diusahakan generasi ketiga tanah rancangan Felda itu yang berazam memajukan tempat kelahirannya.

Mohd Amirul Shah Zulkefli, 37, berkata, pengalaman dalam bidang makanan dan minuman meyakinkannya menceburi bidang itu.

Katanya, dia dan rakan kongsinya, Siti Kamariah Azmi, 35, membuat carian di Internet dan merujuk blog masakan bagi mencari idea untuk memenuhi selera pelanggan.

“Chiken Chop Ramen dan Cheezy Mexican Burger banyak lagi pilihan sajian barat boleh dinikmati pada harga berpatutan,” katanya.

Chicken Chop Ramen antara menu unik yang ditawarkan.

Lulusan Diploma Hotel dan Pelancongan dari Kolej Antarabangsa IKIP (IKIP) berkata, menu sajian barat bermula pada harga RM10 hingga RM20, manakala minuman dari RM1 hingga RM8.

Terletak di hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Lurah Bilut, perjalanan ke kafe ini hanya mengambil masa 15 minit dari bandar Bentong dan Raub.

Pelanggan boleh memilih menu masakan panas seperti mi, bihun, kuetiau goreng dan tomyam selain seleksi minuman float istimewa.
Pelanggan boleh memesan seleksi minuman 'float' istimewa yang ditawarkan.

Selesai menjamu selera, kereta kuda tersedia untuk membawa pelanggan bersiar-siar sejauh 1 kilometer dengan caj RM5 bagi kanak-kanak dan RM10 untuk dewasa.

Tanduk Cafe beroperasi setiap hari kecuali Khamis, bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

“Alhamdulillah dapat sambutan. Saya aktif buat promosi di Facebook,” katanya.

Konsep kongsi rezeki

Tanduk Cafe turut menyediakan beberapa gerai percuma kerana mahu berkongsi rezeki.

“Saya aplikasi konsep food court supaya orang lain boleh berkongsi rezeki. Saya mahu kumpulkan peniaga Melayu dan mereka tidak perlu sewa, hanya bawa barang dan berniaga. Cuma bayar api dan air sahaja,” kata Mohd Amirul yang dibantu lapan pekerja termasuk tukang masak.
Mohd Amirul (duduk, dua kanan) dan Siti Kamariah (duduk, dua kiri) bersama pekerja di Tanduk Kafe.

Petting zoo

Tidak mahu hanya berpuas hati dengan apa yang ada, Mohd Amirul mengembangkan perniagaannya dengan membuka Tanduk In The Garden (TIG).

Berkonsepkan 'petting zoo', pelanggan boleh menjamu selera dan melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan di TIG.
Berkonsepkan petting zoo, pelanggan bukan sahaja boleh menjamu selera malah melakukan aktiviti memanah, menunggang kuda dan petanque di TIG.
Sementara itu, haiwan peliharaan comel seperti kuda, arnab, ular, monyet dan musang yang ada di situ pasti menarik perhatian si kecil.

“Antara menu yang ditawarkan di TIG ialah TIG Chic Fried Rice, Chicken Chop, Mi Celup dan Lamb Chop. Saya suka buat kerja serampang dua mata. Jika ada hobi, biarlah ia boleh menjana pendapatan,” katanya.

Cheezy Mexican Burger antara menu popular di Tanduk Cafe.

TIG dibuka setiap Sabtu dan Ahad bermula jam 11 pagi hingga 6 petang serta pelanggan dikenakan bayaran mengikut aktiviti yang dilakukan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...